Razip Ismail yang merupakan ketua jurulatih Perlis musim ini telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya sebagai jurulatih Perlis berkuatkuasa serta merta.
Beliau dikatakan amat kecewa dengan aksi pasukan Perlis musim ini.
Kecewa
Keputusan itu dibuat oleh beliau selepas melihat pasukannya diratah 5-0 oleh Kuantan FA dalam aksi Liga Perdana di Kuantan semalam.
Dalam perlawanan itu menyaksikan Kuantan FA menjaringkan gol menerusi Baqiuddin Shamsudin, Ljubo Baranin, Sim Woon-Sub sambil Nabilah Khan Razali menjaringkan 2 gol.
Menurut Bernama, Razip yang merupakan bekas jurulatih skuad Harimau Muda dan juga Kuala Lumpur meletakkan jawatan selepas berasa kecewa dengan aksi pasukan beliau.
“Dalam perlawanan menentang Kuantan FA, saya dapat lihat yang pasukan saya tak tahu nak jaringkan gol serta tak tahu macam mana nak bertahan.”
Siapa pengganti?
Jadi kini persoalan yang tinggal adalah, siapa yang akan ganti Razip di Perlis?
Tempoh hari kami ada melaporkan yang Jackson F. Tiago yang merupakan bekas jurulatih Pulau Pinang dikatakan bakal menjadi jurulatih Perlis.
Namun spekulasi itu dinafikan beliau kerana beliau kini selesa untuk menjadi jurulatih di Liga Indonesia.
Namun ada sumber yang mengatakan bekas pengendali Perak iaitu Shamsul Saad bakal mengisi kekosongan itu.
Hal ini kerana kelibat beliau dapat dilihat tempoh hari ketika aksi Perlis di Liga Perdana.
Jadi penyokong Perlis, siapa jurulatih baharu yang anda mahukan?
Baca juga: Rangkuman Liga Perdana 2017 Minggu 8: UiTM FC Jaring 7 Gol Tewaskan MISC-MIFA