Carragher: “Manchester United Dalam Posisi Terbaik Untuk Menang Treble Musim Ini”

Jamie Carragher baru-baru ini meluahkan rasa yakin beliau yang Manchester United bakal menjulang gelaran treble musim ini.

Namun begitu, dalam keyakinan itu terselit satu sindiran yang cukup pedas buat kelab Manchester itu.

Mickey Mouse

Kata Carragher berkata Manchester United berada dalam posisi terbaik untuk menang treble pasa musim ini selepas memenangi EFL Cup menewaskan Southampton.

Namun begitu, dalam pujiannya itu sebenarnya ada sindiran pedas buat pasukan yang diuruskan oleh Jose Mourinho itu.

“Mereka dalam posisi terbaik untuk dapatkan treble musim ini. Ya, treble Mickey Mouse.”

Carragher berkata sedemikian kerana kebanyakan pasukan kerap melabel prestij kejohanan seperti EFL Cup dan FA Cup sebagai pertandingan picisan atau dipanggil sebagai ‘Mickey Mouse Cup’.

Kata bekas pertahanan Liverpool itu, beliau masih ingat lagi apabila penyokong Manchester United melakukan provokasi mengatakan pasukan Liverpool melakukan treble Mickey Mouse pada tahun 2001.

Pada musim 2000/20001, Liverpool melengkapkan treble apabila menjuarai EFL Cup (dikenali sebagai League Cup), FA Cup dan juga Europa League (dikenali UEFA Cup ketika itu).

Provokasi itu berlaku pada perlawanan FA Community Shield musim 2001/2002 yang menyaksikan Liverpool bertemu Manchester United ketika itu.

“Saya masih ingat lagi kain rentang yang digantung oleh penyokong Manchester United. Dalam kain rentang itu ia tertulis yang kami memperoleh treble Mickey Mouse.”

“Namun apabila musim ini saya lihat Manchester United cuba melakukan apa yang kami sudah kecapi dahulu, saya cuma tersenyum.”

Kain rentang yang digunakan oleh penyokong Man United untuk melakukan provokasi terhadap Liverpool pada 2001.

Manchester United berpeluang untuk melakukan treble yang seperti dikatakan iaitu treble Mickey Mouse pada musim ini selepas menjuarai EFL Cup.

Mereka mungkin sudah terlalu jauh untuk kejar gelaran Premier League namun mereka masih punya Europa League dan juga FA Cup.

Namun untuk mempertahankan FA Cup, tugas getir menentang Chelsea di suku akhir harus diselesaikan dahulu.

Baca juga: Harry Kane: “Apalah Guna Jadi Pemain Bola Tapi Tak Jadi Juara?”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN