Juliano Mineiro, Pemain Goal-scoring Midfielder Yang Menjadi Enjin Selangor

Juliano Mineiro adalah pemain kecil yang sangat lincah. Beliau dibawa masuk untuk menggantikan Andik Vermansyah buat sementara waktu.

Profail

Nama: Juliano Mineiro Fernandes
Tarikh Lahir: 14 Februari 1986
Tempat Lahir: Rio de Janeiro Brazil
Tinggi: 1.73m
Nasionaliti FIFA: Timor Leste
Posisi: Pemain Tengah Serangan (No.10), Tengah

Pemain goalscoring-midfielder

Beliau memiliki rekod yang luar biasa sepanjang karier beliau. Ketika bersama dengan Kashiwa Reysol Mineiro menjaringkan 17 gol daripada 22 penampilan.

Mineiro adalah pemain naturalisasi yang bermain untuk Timor Leste. Kekuatan beliau adalah mampu menggunakan kedua-dua kaki dengan baik. Seakan-akan tidak ada kaki lemah.

Posisi beliau adalah pemain tengah serangan ataupun no.10. Dalam sistem 3-4-3 Selangor, beliau bermain sebagai pemain tengah.

Beliau juga sangat bijak mencari ruang dan memiliki teknik sepakan yang ala penyerang utama. Menjadikan beliau boleh bermain sebagai 9 jadian.

Mineiro memang ada DNA pemain no.10 Brazil yang sejati di dalam diri beliau.

Maklumat karier

Mineiro memulakan karier beliau di Brazil dengan kelab besar Fluminese. Mineiro pernah bermain dengan pasukan Liga Portugis, Nacional.

Beliau pertama kali datang ke Asia dengan menyertai Chonburi pada 2014. Tahun berikutnya Mineiro menyertai pasukan J-League, Kashiwa Reysol.

Di sini perkembangan beliau sebagai penjaring gol sangat baik.

Selangor mendapatkan khidmat Mineiro pada awal musim 2017. Ianya selepas pemain utama mereka Andik Vermansyah tercedera.

Andik tercedera ketika Piala AFF Suzuki. Ini bermakna Mineiro adalah pelan sementara untuk Selangor.

Beliau sudah pun menjadi pemain penting di Selangor. Menjaringkan 2 gol ketika perlawanan menentang Kelantan dan juga gol penyelamat kontroversi ketika menentang Kedah.

Sebelum ini Selangor ada masalah dengan sistem pivot mereka yang sangat lemah dalam transisi menyerang.

Kehadiran Mineiro memberikan dimensi yang lebih baik.

Kontrak Mineiro akan berakhir pada Jun nanti. Jadi Selangor FA pastinya pening untuk memikirkan sama ada mereka harus melepaskan Mineiro.

Ini kerana kuota import mereka sudah pun maksimum.

Baca juga: Analisis Taktikal MSL 2017: Intensiti JDT Mengawal Permainan

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN