Razip Ismail Letak Jawatan Sebagai Jurulatih Perlis

Razip Ismail yang merupakan ketua jurulatih Perlis musim ini telah membuat keputusan untuk meletakkan jawatannya sebagai jurulatih Perlis berkuatkuasa serta merta.

Beliau dikatakan amat kecewa dengan aksi pasukan Perlis musim ini.

Kecewa

Keputusan itu dibuat oleh beliau selepas melihat pasukannya diratah 5-0 oleh Kuantan FA dalam aksi Liga Perdana di Kuantan semalam.

Dalam perlawanan itu menyaksikan Kuantan FA menjaringkan gol menerusi Baqiuddin Shamsudin, Ljubo Baranin, Sim Woon-Sub sambil Nabilah Khan Razali menjaringkan 2 gol.

Menurut Bernama, Razip yang merupakan bekas jurulatih skuad Harimau Muda dan juga Kuala Lumpur meletakkan jawatan selepas berasa kecewa dengan aksi pasukan beliau.

“Dalam perlawanan menentang Kuantan FA, saya dapat lihat yang pasukan saya tak tahu nak jaringkan gol serta tak tahu macam mana nak bertahan.”

Siapa pengganti?

Jadi kini persoalan yang tinggal adalah, siapa yang akan ganti Razip di Perlis?

Tempoh hari kami ada melaporkan yang Jackson F. Tiago yang merupakan bekas jurulatih Pulau Pinang dikatakan bakal menjadi jurulatih Perlis.

Namun spekulasi itu dinafikan beliau kerana beliau kini selesa untuk menjadi jurulatih di Liga Indonesia.

Namun ada sumber yang mengatakan bekas pengendali Perak iaitu Shamsul Saad bakal mengisi kekosongan itu.

Hal ini kerana kelibat beliau dapat dilihat tempoh hari ketika aksi Perlis di Liga Perdana.

Jadi penyokong Perlis, siapa jurulatih baharu yang anda mahukan?

Baca juga: Rangkuman Liga Perdana 2017 Minggu 8: UiTM FC Jaring 7 Gol Tewaskan MISC-MIFA

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN