Pra-musim merujuk kepada cuti panjang dalam rangka persiapan musim baru. Banyak aspek yang harus diambil kira untuk mengekekalkan kecergasan pemain.
Pada pra-musim aktiviti yang paling banyak dilakukan pemain adalah berlari. Jika tidak berlari, pemain akan diarahkan mengayuh ‘excercise bike’. Ini senario biasa kita lihat dalam perkongsian gambar oleh pasukan Eropah.
Ada yang meletakkan ‘excercise bike’ ini di tepi padang latihan dan di mana-mana sahaja di perkarangan pusat latihan.
Ketika rakan lain diperiksa berat badan dan sampel darah, pemain lain akan duduk di atas basikal latihan ini sambil kaki mereka mengayuh.
Ada yang mengarahkan pengurus jelajah pra musim untuk menyediakan basikal latihan ini sepanjang masa. Ini adalah gambar pemain Manchester United dalam jelajah pra musim mereka musim lalu.
Jadi, pra-musim adalah bukan cuti yang indah untuk pemain bola sepak profesional. Mereka perlu menggerakkan otot mereka secara berterusan.
Daripada latihan yang ringan kepada yang semakin itensif, semuanya dilakukan dengan pemerhatian dan kepakaran para jurulatih. Untuk mengelakkan para pemain terkena risiko yang tak diingini.
Raymond Verheijen antara figura yang paling popular di dalam bolas sepak dunia. Beliau ada pengalaman yang luas di dalam kejurulatihan. Kepakaran utama beliau adalah kecergasan pemain.
Beberapa siri buku tulisan beliau menjadi rujukan utama ramai jurulatih di seluruh dunia.
Verheijen antara watak yang tidak digemari oleh jurulatih yang gemarkan latihan intensif seperti Arsene Wenger, Jurgen Klopp, Mauricio Pochettino dan ramai lagi.
Beliau kerap lantang mengkritik modul latihan terlalu intensif jurulatih-jurulatih di seluruh dunia. Pada 2016, Verheijen pernah menuduh rutin latihan Wenger sebagai punca masalah kecederaan teruk di Arsenal.
Baiklah, berbalik kepada latihan pra-musim, apakah modul yang dicadangkan oleh Raymond Verheijen?
Model latihan pra-musim cadangan Verheijen
Kebiasannya, pasukan di Eropah ada 6 minggu untuk mereka melakukan latihan pra-musim. Ini selepas pemain diberikan cuti rehat selepas tamat musim sebelum ini.
Ada juga pemain diberikan cuti lebih kerana terlibat di dalam kejohanan antarabangsa. Ini adalah cadangan beliau.
Minggu 1:
Isnin – Latihan taktikal
Selasa – Pemulihan (conditioning) dengan 11 vs 11/8 vs 8, adakan sebanyak 3 sesi dan 10 minit untuk setiap sesi
Khamis – Latihan taktikal
Sabtu – Latihan pemulihan 11 vs 11/ 8 vs 8
Minggu 2:
Isnin – Latihan taktikal
Selasa – Pemulihan (conditioning) dengan 11 vs 11/8 vs 8. 3 sesi, dan naikkan sikit durasi, contohnya adakan 11 minit untuk setiap sesi
Khamis – Latihan taktikal
Sabtu – Adakan perlawanan persabahatan
Minggu 3:
Isnin – Latihan taktikal
Selasa – Pemulihan (conditioning) dengan 7 vs 7/5 vs 5. Ada 4 sesi dan 5 minit untuk setiap sesi
Khamis – Latihan taktikal
Sabtu – Perlawanan persabahatan
Minggu 4:
Isnin – Latihan taktikal
Selasa – Perlawanan persahabatan untuk kumpulan 1. Diikuti pemulihan dengan 7v7/5v5, 5.5 minit x 4 sesi. Kumpulan 2 akan diberikan latihan pemulihan 5 minit x 4 sesi.
Khamis – Latihan taktikal
Sabtu – Perlawanan persahabatan untuk kumpulan 2. Diikuti pemulihan dengan 7v7/5v5, 5.5 minit x 4 sesi. Kumpulan 1 akan diberikan latihan pemulihan 5 minit x 4 sesi.
Minggu 5:
Isnin – Latihan taktikal
Selasa – Latihan pemulihan dengan 4 vs 4 / 3 vs 3. Pelbagaikan variasi latihan, sebagai contoh 2 siri latihan untuk 6 perlawanan
Khamis – Latihan taktikal
Sabtu – Perlawanan persahabatan
Minggu 6:
Isnin – Latihan taktikal
Selasa – Latihan pemulihan dengan 4 vs 4 / 3 vs 3. Pelbagaikan variasi latihan, sebagai contoh 2 siri latihan untuk 6 perlawanan
Khamis – Latihan taktikal
Sabtu – Perlawanan pertama liga
Rumusan
Model latihan yang dicadangkan Verheijen ini mengutamakan keseimbangan intensiti dan kecergasan fizikal pemain. Ini untuk mengurangkan risiko kecederaan pemain ketika sesi latihan.
Setiap jurulatih ada modul latihan mereka sendiri. Namun ini adalah model yang dicadangkan oleh Raymond Verheijen.
Yang pasti, ramai jurulatih di seluruh dunia terutama sekali jurulatih muda merujuk kepada Raymodn Verheijen dalam usaha menyediakan model latihan terbaik..