Quantcast
Bagaimana Victor Lindelof Secara 'Solo' Selamatkan Kelab Divisyen 3 Sweden Ini Dari Muflis


BERITA

Bagaimana Victor Lindelof Secara 'Solo' Selamatkan Kelab Divisyen 3 Sweden Ini Dari Muflis

Monday, 17 Jul 2017

Vasteras SK adalah sebuah kelab kecil di Sweden. Mereka adalah pasukan yang menjumpai ‘budak istimewa’ bernama Victor Lindelof.

Pada 2011, Benfica memancing Lindelof dengan harga €100,000. Ia angka yang cukup besar untuk kelab kecil yang berpangkalan di Vasteras, Sweden dengan populasi penduduk 130,000 .

Menariknya, pengurusan Vasteras tidak terlalu jahil dalam soal kontrak pemain. Mereka memasukkan klausa bonus pembangunan pemain ke atas Lindelof.




Kelab tersebut kian menghadapi masalah kewangan yang serius. Yang menariknya, pada jendela perpindahan pra musim 2017/18, Manchester United membeli Lindelof dari Benfica dengan harga £30 juta.

Transaksi ini antara yang terawal dilakukan dalam jendela perpindahan kali ini. Dengan pembelian ini, Vasteras berjaya mendapat durian runtuh.

Vasteras SK selamat dari muflis

Pengerusi Vasteras, Christina Liffner gembira menerima durian runtuh ini. Beliau menceritakan kisah beliau tidak boleh tidur memikirkan angka pada akaun beliau sebelum ini. Beliau berkata:

“Kelab ini diambang muflis. Namun kini kami selamat.”

“Sudah pastinya duit yang kami terima meletakkan dana bersih kelab ini di paras selamat. Saya harus akui yang saya juga tidak boleh tidur sebelum menerima bayaran itu. Saya tidak sabar-sabar.”

Christina berbangga dengan kejayaan kelab ini melahirkan pemain muda elit seperti Lindelof. Mereka akan meneruskan lagi usaha untuk mencari bakat-bakat muda yang boleh digilap.

Ternyata usaha dan kegigihan mereka boleh membuahkan hasil. Christina juga akan menggunakan duit yang ada untuk memperkasakan lagi usaha mencari pemain muda berbakat.

“Kami sebelum ini memang bercadang untuk membina akademi. Namun begitu, berapakah kos operasi untuk setahun? Dengan duit yang ada kami akan boleh melakukannya.”

Berapa nilai bonus pembangunan Lindelof?

Berapakah nilai yang diterima oleh Vasteras daripada pembelian £30 juta ini?

Satu kejayaan besar apabila Vasteras berjaya ‘memaksa’ Benfica menerima klausa 20% bonus pembangunan pemain. Ia adalah angka yang biasa dikenakan oleh kelab elit Eropah.

Jadi, secara kasarnya, Vasteras menerima £6 juta daripada Benfica.

Vasteras SK dianiaya!

Christina agak kecewa apabila dimaklumkan klausa bonus itu akan tamat selepas ini. Ini bermakna, jika Lindelof dijual oleh United, Vasteras tidak boleh menuntut klausa pembangunan itu lagi.

Beliau berkata:

“Mereka memberitahu saya yang mereka sudah berunding kontrak baru dengan Victor dan kepentingan kami dalam kontrak Victor dimansuhkan.”

“Namun begitu, saya sudah menemui penasihat perundangan. Mereka berkata, kami masih ada hak ke atas kontrak Lindelof.”

Walaupun tahu mereka masih ada hak untuk mendesak hak mereka dimasukkan semula di dalam kontrak, Christina mengambil keputusan untuk tidak berbuat demikian.

Ini kerana ia akan memakan kos untuk membayar peguam berhadapan dengan kelab besar seperti Benfica dan Manchester United.

Christina juga menegaskan Benfica tidak membayar penuh 20% seperti yang dijanjikan. Bermakna mereka menerima kurang £6 juta. Tetapi Christina masih gembira dan bersyukur dengan apa yang mereka sudah terima.

Penyokong-penyokong Vasteras SK amat marah dengan Benfica yang tidak mahu membayar 20% daripada hasil penjualan seperti yang dijanjikan.

Lebih teruk lagi, hak Vasteras SK ke atas pembangunan Victor Lindelof telah ‘dimatikan’.

Beliau menyatakan, kelab mereka tumpang berbangga dengan kejayaan bekas pemain mereka yang kini berjaya bermain di kelab sebesar Manchester United.

Christina yakin Lindelof akan terus cemerlang di dalam karier beliau di masa akan datang.

Baik betul hati Christina ini.

Sumber:

Independent – http://www.independent.co.uk/sport/football/transfers/victor-lindelof-manchester-united-benfica-transfer-latest-news-vasteras-a7843521.html

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!

Topik Berkaitan

Kategori Artikel


Kongsi

Komen Artikel: Bagaimana Victor Lindelof Secara 'Solo' Selamatkan Kelab Divisyen 3 Sweden Ini Dari Muflis



Berita Bola Yang Menarik