AC Milan seperti yang dijangka, melantik bekas pengurus Fiorentina dan Inter Milan, Stefano Pioli sebagai pengurus baharu mereka.
Pioli dilantik menggantikan Marco Giampaolo yang dipecat kurang 24 jam yang lalu.
Berita itu diumumkan secara rasmi oleh media kelab. Sebelum perlantikan Pioli, penyokong AC Milan sudah melancarkan hastag #PioliOut kerana menganggap jurulatih itu tidak bagus dengan ratio kemenangan di bawah 37%.
Beliau dipecat oleh Fiorentina pada musim lalu.
Laporan oleh Nico Schira, menyatakan Pioli setuju dengan kontrak 2 tahun bersama AC Milan.
Beliau menerima €1 juta musim ini dan €1.5 juta musim hadapan. Jika layak ke UCL beliau akan menerima bonus lumayan.
Official Statement: Stefano Pioli ➡️ https://t.co/nCj5eBgKT8 pic.twitter.com/GfytQuPOda
— AC Milan (@acmilan) October 9, 2019
AC Milan sebelum ini sudah memecat 8 pengurus dalam masa 5 tahun.
AC Milan dalam misi memperbaiki prestasi semasa. Ini selepas mereka hanya memungut 8 mata daripada 7 perlawanan liga.
Milan hanya menjaringkan 6 gol daripada 7 perlawanan dan berada di tangga ke-13, dengan dibezakan hanya 3 mata daripada zon penyingkiran.