Quantcast

BERITA

Wenger Yakin Bayern Manipulasi Perpindahan Gnabry

Arsene Wenger membuka mulut tentang kegagalan Arsenal melanjutkan kontrak Serge Gnabry. Pemain tersebut kini telah menjadi bakat penting di Eropah.

Gnabry bermain untuk Bayern Munich dan menjadi pemain penting pasukan gergasi Jerman itu.

Arsene Wenger merasakan Gnabry enggan melanjutkan kontrak di Arsenal kerana Bayern Munich telah mempengaruhi pemain itu. Ini kerana Bayern Munich telah merancang dari awal untuk mendapatkan pemain itu.

“Kami cuba untuk melanjutkan kontrak Gnabry. Dan kami melakukannya dalam tempoh yang agak lama. Saya rasa Bayern Munich telah memanipulasi keadaan di sebaliknya.”

“Jika Gnabry menyertai Bremen dahulu, beliau akan berpeluang menyertai Bayern Munich selepas itu.”

“Beliau pemain yang sangat berbakat, namun ada kalanya hilang keyakinan diri dalam beberapa peringkat.”

“Namun kami sentiasa yakin bahawa beliau adalah pemain yang akan mencapai banyak perkara dalam kariernya. Beliau kembali daripada tempoh pinjaman di West Brom dan keyakinan beliau ketika itu dihancurkan.”

“Saya cuba membina semula kariernya kerana saya sentiasa percayakan bakatnya.”

“Konsitensi di peringkat tertinggi sangat penting, jika anda melihat pemain-pemain yang menguasai sukan ini.”

“Gnabry tidak mampu mempamerkan kualiti itu ketika di West Brom secara pinjaman.”

Tentang prestasi cemerlang Gnabry ketika berdepan Spurs. Wenger berkata: “Bayern baru menang 3-0 di Paderborn, dan kami tidak menjangka mereka akan menjaringkan 7 gol di tempat lawan menentang Tottenham.”

“Saya rasa, itu salah satu malam yang segalanya tidak memihak kepada Spurs.”

Selepas menyertai Bayern Munich, Serge Gnabry tela menjadi pemain penting, bukan sahaja di Bayern, malah untuk pasukan kebangsaan Jerman.