Cristiano Ronaldo telah rasmi diiktiraf sebagai penjaring penalti terbanyak dalam sejarah La Liga.
Kapten antarabangsa Portugal ini nampaknya berterusan memecahkan beberapa rekod penting di dalam karier beliau.
Ronaldo yang merupakan penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Real Madrid ternyata memiliki kaki yang tajam untuk menghukum pihak lawan daripada titik penalti.
Dalam perlawanan menentang Villareal, Ronaldo telah berjaya menyempurnakan penalti untuk menyamakan kedudukan setelah ketinggalan 2-0.
Sebelum itu Gareth Bale menjaringkan gol pertama untuk merapatkan kedudukan pada minit ke-64. Ronaldo ditugaskan untuk mengambil sepakan penalti pada minit ke-73.
Sebelum penalti itu disempurnakan, Ronaldo sudah menjaringkan 56 gol menerusi sepakan penalti. Ia menyamai rekod Hugo Sanchez yang juga merupakan lagenda Real Madrid.
Dengan tenang Ronaldo mengambil rutin sepakan itu dan menjaringkannya.
Real Madrid kemudian menambah gol ketiga menerusi Alvaro Morata untuk kembali ke persada liga selepas Barcelona duduk di situ seketika.
Ronaldo kini sudah menjaringkan 57 gol menerusi sepakan penalti dalam La Liga. Memecahkan rekod yang dipegang Hugo Sanchez kira-kira 25 tahun yang lalu.
57 – Cristiano Ronaldo is now the player with most penalties scored in La Liga history, surpassing Hugo Sanchez (56). Punisher. pic.twitter.com/aWjmMezadO
— OptaJose (@OptaJose) February 26, 2017
Cristiano Ronaldo masih aktif untuk menambahkan lagi jumlah tersebut. Lionel Messi setakat ini mencatatkan 43 gol menerusi sepakan penalti.
Messi adalah pemain yang masih aktif yang paling hampir untuk menyaingi Cristiano Ronaldo.
Real Madrid akan meneruskan pemburuan kejuaraan Liga dengan menentang Las Palmas selepas ini.
Las Palmas pernah mengejutkan dunia apabila berjaya mengikat Real Madrid 2-2 sebelum ini.
Baca juga: Barcelona Menang Ke Atas Atletico, Messi Sekali Lagi Menjadi Penjaring Kemenangan