Quantcast

BERITA

Merzagua Abderrazak Bakal Kembali Terajui Pulau Pinang?

Peminat Pulau Pinang sangat tidak senang dengan prestasi pasukan ketika ini. Mana tidaknya tewas 6 perlawanan dari 6 perlawanan Liga Super.

Ia merupakan rekod baharu bagi pasukan yang memperoleh permulaan liga paling teruk dalam sejarah Liga Super sejak ia diperkenalkan pada tahun 2004.

Kata dua

Tempoh hari penyokong Pulau Pinang telah memberikan kata dua kepada Persatuan Bola Sepak Pulau Pinang (FAP) dalam satu protes di Menara Komtar.

Mereka meminta agar pengendalikan pasukan iaitu Ashley Westwood untuk dengan rela hati meletakkan jawatan atau mendesak pengurusan FAP untuk memecat beliau.

Terbaharu, pasukan Pulau Pinang tewas lagi 3-1 di tangan Kedah dalam aksi Pertembungan Utara di Stadium Darul Aman.

Mereka akan bertemu Melaka United pula selepas ini.

Orang lama kembali?

Menurut sumber yang kami terima, dikatakan seorang bekas pengendali pasukan Pulau Pinang bakal kembali ke skuad tersebut untuk menyelamatkan pasukan.

Beliau memang dikenali sebagai seorang individu yang disenangi oleh penyokong lagi pemain, jadi andai kepulangan beliau menjadi realiti maka ia dijangka menjadi satu berita gembira buat skuad itu.

Nama yang dimaksudkan adalah Merzagua Abderrazak. Beliau dikatakan telah beberapa kali menghantar resume beliau ke pihak pengurusan FAP sejak dari musim lalu namun tidak pernah dilayan.

Terbaharu, resume telah dihantar sekali lagi kepada pihak FAP semalam dengan harapan agar permohonan kali ini dilayan oleh mereka.

Jadi penyokong Pulau Pinang, adakah Merzagua Abderrazak adalah orangnya untuk selamatkan Pulau Pinang?

Baca juga: Mancini Minta £6 Setahun Untuk Uruskan Leicester, Pemain Mahukan Pearson

Kami perlukan bantuan anda.

Saban hari, semakin ramai peminat bola sepak membaca Semuanya BOLA. Seiring dengan pertambahan pembaca ini, kos operasi kami turut meningkat. Jadi anda boleh nampak kenapa kami perlukan bantuan anda. Untuk memastikan penulis-penulis kami dapat terus membekalkan konten-konten yang tidak bias dan berkualiti kepada anda, duit dan kerja keras sangat diperlukan. Tetapi kami buat juga kerana kami percaya anda berhak mendapat maklumat berkualiti dari media yang telus, bebas dan terbuka.

Sumbangan anda membolehkan masa depan penulis-penulis kami terus terjamin. Dengan hanya RM5, anda boleh menyokong Semuanya BOLA - dan ia hanya mengambil masa 1 minit. Terima kasih.

atau Beri Sumbangan

KEMASKINI TERUS KEPADA ANDA!

Jadi yang pertama mendapatkan kemaskini dari kami melalui emel!