Barcelona Menang Ke Atas Atletico, Messi Sekali Lagi Menjadi Penjaring Kemenangan

Messi menjadi penjaring kemenangan lewat sekali lagi. Messi menjaringkan gol ketika perlawanan berbaki 4 minit sahaja lagi.

Sekali lagi ia bukan aksi terbaik Barcelona namun ia tetap keputusan yang sangat baik untuk mereka.

Barcelona sebenarnya sudah mencatatkan 17 perlawanan liga tanpa sebarang kekalahan. Kemenangan ini juga meletakkan Barcelona hanya 1 mata dipisahkan dari Real Madrid.

Namun Real Madrid masih ada 1 perlawanan di dalam tangan.

Barcelona bergelut sepanjang separuh masa pertama di Vicente Calderon walaupun mereka mendahului pada minit ke-64 menerusi Rafinha.

Ia tidak bertahan lama apabila 6 minit kemudian, Diego Godin menyamakan kedudukan menerusi tandukan ke arah near post.

Ketika perlawanan kelihatan hampir berkahir seri, minit ke-86, Messi akhirnya menewaskan Oblak. Ianya jaringan liga ke-20 Lionel Messi.

Dalam perlawanan ini, Atletico berjaya bermain dengan sangat baik terutama pada separuh masa pertama. Mereka memaksa Ter Stegen bekerja keras dengan beberapa aksi menyelamat.

Kekalahan ini sudah pastinya meleburkan harapan Atletico untuk bersaing dalam kejuaraan La Liga musim ini.

Dalam satu lagi perlawanan, Real Madrid bangkit daripada ketinggalan 2 gol untuk menewaskan Villareal 3-2.

Kekalahan Villareal ini meletakkan mereka 6 mata daripada slot ke UCL musim hadapan.

Persaingan La Liga musim ini lebih kepada 3 penjuru setakat ini melibatkan Real Madrid, Barcelona dan Sevilla.

Barcelona akan menentang Sporting Gijon selepas ini. Real Madrid pula akan menentang Las Palmas. Manakala Sevilla akan menentan Bilbao.

Baca juga: Gambetta, Legasi Trik Dengan Gerak Tubuh Yang Sinonim Dengan Argentina

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN