RASMI: Perak Tandatangani Bekas Pemain Muda Besiktas

Perak kini secara rasminya berjaya menandatangani pemain import baharu mereka untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan iaitu Adilet Kanybekov di posisi tengah mereka.

Ianya dilaporkan sendiri melalui laman rasmi Perak dengan menyatakan perancang muda tersebut kini sah menjadi milik pasukan tersebut untuk mengharungi saingan hadapan menerusi majlis pelancaran jersi baharu.

Terdahulu, ura-ura timbul di media sosial menyatakan Adilet menjadi rebutan beberapa pasukan dalam saingan Liga M, sebelum kini beliau menoktahkan destinasinya bersama skuad kendalian Yusri Che Lah.

Untuk rekod, Adilet merupakan antara pemain muda Kyrgyzstan yang sedang meningkat naik dan sudah pun mempamerkan impak tersendiri di pentas antarabangsa bersama skuad bawah 23 (B-23).

Pemain yang memiliki ketinggian 1.80 meter itu memulakan karier beliau dalam dunia bola sepak bersama Akademi Besiktas serta mewakili kelab tersebut sehingga pada tahun 2020.

Selepas itu, beliau berkelana ke Czechoslovakia untuk beraksi bersama Dukla Prague B selama satu musim sebelum menyertai Neftchi Kochkor-Ata dalam saingan teratas Kyrgyzstan.

Daripada 61 penampilan bersama kelab tersebut, Adilet telah pun merekodkan empat gol bersama 11 bantuan jaringan secara keseluruhan bersama aksi cukup menyakinkan.

Beraksi di posisi tengah bertahan, kelebihan Adilet terarah kepada kepantasan beliau untuk menutup ruang serta bijak membuat umpanan berbahaya kepada rakan sepasukan mendapatkan gol.

Adilet yang baru berusia 22 tahun dianggap sebagai aset terbaik untuk mana-mana kelab mendapatkan beliau selain pemain ini juga sudah memiliki banyak pengalaman di pentas antarabangsa.

Malah, jangkaan kami Adilet mampu untuk membentuk gandingan lebih kukuh bersama seorang lagi pemain import Perak iaitu Luciano Guaycochea di posisi tengah daripada segi kreativiti serta nadi utama pasukan untuk mencuri tumpuan penyokong bola sepak Malaysia.

Selain Adilet, Perak sebelum ini sudah pun menandatangani beberapa pemain tempatan untuk mengukuhkan pasukan di beberapa posisi termasuk penjaga gol baharu iaitu Ramadhan Abd Hamid, serta Ariff Ar Rasyid

Untuk kuota import, setakat ini hanya nama penyerang dari Korea Selatan Seo Seonung sahaja sah tidak lagi bersama Perak bagi saingan hadapan.

Pada pandangan anda, pemain import di posisi mana seterusnya bakal diikat Perak dalam usaha mereka untuk bertambah lebih baik berbanding tahun lalu?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN