Bintang Muda Kyrgyzstan Kini Jadi Rebutan Kelab Liga M

Pemain muda berbakat besar Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov dilaporkan kini menarik minat dua kelab dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) untuk musim hadapan.

Kenyataan ini dikeluarkan sendiri melalui wartawan Astro Arena, Fadhirul Suhaimi dengan menyatakan pemain tengah tersebut kini sedang diintai dua pasukan dalam saingan Liga M.

“2 pasukan Liga Super dikhabarkan berminat dapatkan khidmat Kapten B23 Kyrgyzstan, Adilet Kanybekov bagi memperkuatkan pasukan hadapi saingan Liga Malaysia musim 2024/2025,” jelas Fadhirul di media sosial X.

Untuk rekod, Adilet merupakan antara pemain muda Kyrgyzstan yang sedang meningkat naik dan sudah pun mempamerkan impak tersendiri di pentas antarabangsa bersama skuad bawah 23 (B-23).

Pemain yang memiliki ketinggian 1.80 meter itu memulakan karier beliau dalam dunia bola sepak bersama Akademi Besiktas serta mewakili kelab tersebut sehingga pada tahun 2020.

Selepas itu, beliau berkelana ke Czechoslovakia untuk beraksi bersama Dukla Prague B selama satu musim sebelum menyertai Neftchi Kochkor-Ata dalam saingan teratas Kyrgyzstan.

Daripada 61 penampilan bersama kelab tersebut, Adilet telah pun merekodkan empat gol bersama 11 bantuan jaringan secara keseluruhan bersama aksi cukup menyakinkan.

Beraksi di posisi tengah bertahan, kelebihan Adilet terarah kepada kepantasan beliau untuk menutup ruang serta bijak membuat umpanan berbahaya kepada rakan sepasukan mendapatkan gol.

Adilet yang baru berusia 22 tahun dianggap sebagai aset terbaik untuk mana-mana kelab mendapatkan beliau selain pemain ini juga sudah memiliki banyak pengalaman di pentas antarabangsa.

Walaupun begitu, masih lagi belum diketahui pasukan mana yang berminat untuk mendapatkan khidmat Adilet untuk saingan musim hadapan.

Ada kemungkinan Terengganu mungkin menjadi salah satu pasukan yang berminat untuk cuba mendapatkan khidmat pemain muda tersebut pada saingan hadapan.

Apa tidaknya, mereka sah melepaskan dua pemain tengah import sebelum ini iaitu Habib Haroon serta Omid Nazari selain bintang naturalisasi, Liridon Krasniqi juga dilaporkan turut tidak akan bersama pasukan tersebut lagi.

Pasukan lain, Kedah Darul Aman (Kedah) juga berpotensi untuk mendapatkan khidmat Adilet dengan Nafuzi Zain sudah tentu ingin mendapatkan pengganti kepada Amirbek Juraboev serta Moses Atede.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN