Kenapa Fadi Awad Dianggap Sangat Penting Untuk PDRM Musim Depan?

Pemain tengah import PDRM, Fadi Awad secara rasminya sah menandatangani kontrak lanjutan baharu bersama kelab berkenaan untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Musim ini sebenarnya menyaksikan Fadi menjadi antara pemain import paling ‘underrated’ pernah beraksi di Malaysia bersama prestasi cukup menyakinkan.

Apa tidaknya, posisi diletakkan beliau di atas padang jelas tidak begitu popular dan nama-nama rakan sepasukan lain lebih banyak diperkatakan seperti Uche Agba, Bruno Suzuki, dan lain-lain.

Namun, Fadi menunjukkan sebab begitu jelas kenapa beliau wajar ditandatangani kontrak lanjutan bersama PDRM untuk saingan musim hadapan, kerana beliau menjadi antara tunjang kejayaan kelab tersebut tahun lalu.

Malah, pemain tengah bertahan itu juga kembali mendapat tempat untuk skuad kebangsaan, selepas kali terakhir beraksi bersama Jordan pada tahun 2016.

Penghujung tahun lalu mungkin menjadi detik terbaik buat Fadi semula selepas beliau kembali mendapat ruang untuk bersama Jordan bagi aksi persahabatan menentang Lubnan.

Sebenarnya sukar untuk menafikan kehebatan pemain ini bersama PDRM, kerana beliau boleh dianggap sebagai antara pemain tengah paling konsisten dalam saingan Liga M musim lalu.

Daripada segi kualiti stamina, Fadi tidak menghadapi sebarang masalah untuk aktif bergerak di serata kawasan padang sepanjang tempoh permainan berlangsung bagi membantu rakan sepasukan terus menguasai perlawanan.

Fadi juga memiliki kualiti permainan cukup tinggi selaku pemain tengah bertahan menerusi bacaan bola beliau sentiasa tepat, dan bijak melakukan ‘intercept’ secepat mungkin untuk mengatasi serangan lawan.

Tidak terhad kepada disiplin bertahan, Fadi juga memiliki kemampuan untuk membantu serangan dan sudah pun dibuktikan musim lalu menerusi dua gol serta satu bantuan jaringan.

Selain bijak mencetuskan serangan balas, Fadi juga memiliki kualiti membuat hantaran dengan sangat tepat untuk rakan serangan lain menghasilkan sesuatu positif di hadapan gol.

Boleh dikatakan gandingan beliau bersama Marcus Macauley di posisi tengah PDRM jelas sangat menonjol kerana masing-masing memainkan peranan tersendiri untuk menghidupkan bahagian tersebut dalam setiap perlawanan dihadapi.

Pakej serba lengkap dimiliki Fadi itu sebenarnya menjadi sebab penting kenapa PDRM wajar menandatangani kontrak lanjutan pemain tengah kebangsaan Jordan tersebut.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN