Safawi Rasid Sasar Raih 1 Trofi Bersama Terengganu

Penyerang kebangsaan, Safawi Rasid tampil dengan sasaran untuk sekurangnya meraih satu trofi kejuaraan pada saingan hadapan bersama pasukan baharu diwakili beliau iaitu Terengganu.

Safawi menjadi rekrut terbaharu Terengganu menerusi status pinjaman daripada Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk saingan Liga Malaysia (Liga M) bagi musim 2024/2025 bersama Akhyar Rashid.

Kehadiran Safawi boleh dianggap sebagai sesuatu sangat sensasi dalam kalangan peminat bola sepak tanah air, kerana pemain lincah itu memulakan karier beliau dalam dunia bola sepak bersama Terengganu sebelum mencipta lebih banyak rekod buat JDT.

Sekembalinya Safawi bersama Terengganu sudah tentu diberi pengharapan cukup tinggi dalam kalangan peminat kerana pemain tersebut bakal bekerjasama semula dengan jurulatih yang pernah menaikkan karier beliau iaitu Tomislav Steinbruckner.

Safawi yang mengharungi musim suram pada tahun lalu pastinya mengharapkan aksi terbaik beliau dapat dikembalikan untuk terus mengukuhkan tempat di kem kebangsaan.

Walaupun begitu, hasrat untuk melihat Safawi menentang pasukannya musim lalu iaitu JDT tidak akan kesampaian kerana pemain tersebut terikat dengan perjanjian ‘gentlemen’s agreement’.

Safawi jelas akur dengan peraturan tersebut apabila beliau menyatakan perjanjian tersebut perlu dipatuhi dan diterima dengan hati yang terbuka membabitkan beliau dan Sang Penyu.

“Perkara itu (tidak dapat beraksi menentang bekas pasukannya) sudah ada perjanjian dengan kedua-dua belah pihak pengurusan pasukan.

“Jadi saya sebagai pemain perlu menghormati keputusan itu sebagaimana yang terkandung dalam kontrak,” kata Safawi menerusi perkongsian dibuat oleh Harian Metro.

Terdahulu, Mohd Sabri Abas selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Terengganu telah pun mengesahkan Safawi serta Akhyar tidak boleh dibawa turun beraksi menentang bekas kelabnya kerana status sebagai pinjaman.

Walaupun tidak dapat menurunkan kedua pemain tersebut, Terengganu masih lagi memiliki rantaian bintang tempatan berkualiti untuk dibawa turun beraksi dalam kesebelasan utama.

Pada masa sama, Safawi juga menyasarkan satu trofi untuk digenggam beliau bersama Terengganu dalam mana-mana kejuaraan peringkat domestik.

Malah, pemain Harimau Malaya itu juga turut menyasarkan Terengganu selaku antara pasukan terbaik dalam saingan Liga M musim ini biarpun menyedari cabaran bakal dilalui mereka bersama kelab-kelab lain.

“Saya gembira kerana bakal beraksi bersama pasukan kelahiran, kami akan berikan yang terbaik untuk meningkatkan lagi pencapaian TFC agar lebih baik berbanding pada musim lalu,” ujar beliau akhir sekali.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN