RASMI: Moussa Sidibe ‘Teman’ Safawi Sertai Ratchaburi Musim Hadapan

Sebentar tadi, laman rasmi Johor Southern Tigers (JST) telah pun memaklumkan dua pemain Johor Darul Ta’zim (JDT) iaitu Moussa Sidibe dan Safawi Rasid sah akan beraksi di Thailand musim hadapan bersama Ratchaburi FC.

Sebelum itu, para penyokong bola sepak tempatan telah dikejutkan dengan berita sensasi Safawi Rasid akan menyertai kelab tersebut yang kini beraksi dalam saingan Thai League 1.

Namun kini, bukan hanya Safawi akan bersama kelab tersebut, malah Sidibe turut disenaraikan selaku status pemain pinjaman buat Ratchaburi musim hadapan.

Menurut Hector Bidoglio selaku Pengarah Teknikal JDT, beliau menyatakan kedua kelab itu telah mencapai persetujuan untuk membenarkan Safawi dan Sidibe selaku status pemain pinjaman musim hadapan.

“Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) telah mencapai persetujuan dengan pasukan Liga 1 Thailand, Ratchaburi FC untuk meminjamkan Safawi Rasid dan Moussa Sidibé.

“Harimau Selatan mendoakan yang terbaik buat kedua-dua pemain ini untuk musim akan datang,” jelas Hector Bidoglio.

Pengerusi kelab tersebut iaitu Tanawat Nitikanchan telah pun menyatakan pihak mereka akan mendapatkan Safawi untuk saingan 2022/2023 menjelang jendela perpindahan kedua liga ini.

Dengan kehadiran Safawi, beliau akan menjadi pemain Asia Tenggara ketiga yang mengisi slot kelab tersebut selepas Myo Minn Latt dan Hein Phyo Win dari Myanmar.

Menerusi perpindahan tersebut, Tanawat berharap Ratchaburi akan dapat meluaskan lagi pasaran pemain dari Asia Tenggara pada masa akan datang.

“Setakat ini segala urusan kami bersama Safawi berjalan dengan sangat lancar, beliau akan menyertai Ratchaburi selepas menamatkan tugas bersama skuad kebangsaan.

“Saya harap dengan penyertaan Safawi ke Ratchaburi dapat menambah lebih ramai para penyokong untuk bersama kami selepas ini, jelas beliau menerusi laman tersebut.

Nama Safawi bukan lagi sesuatu yang asing dalam bola sepak di Asia Tenggara selepas kejayaan beliau sebelum itu bersama skuad kebangsaan serta bersama JDT di pentas AFC Champions League (ACL).

Kelebihan Safawi terarah kepada larian deras yang dibuat beliau ketika menyerang serta mempunyai ketajaman yang tidak perlu dipertikaikan lagi di hadapan gol.

Musim ini menyaksikan Safawi telah pun meledak dua gol bersama tiga bantuan jaringan daripada 13 penampilan dalam saingan Liga Super.

Pemain kelahiran Terengganu ini juga mencatat satu bantuan gol sepanjang enam aksi beliau dalam saingan ACL musim ini selsin menjadi tonggak penting yang membantu Malaysia layak ke Piala Asia 2023.

Sidibe pula merupakan pemain import terbaharu musim ini yang menyertai JDT dan lebih banyak beraksi bersama pasukan ‘feeder’ di saingan Liga Premier.

Pemain kelahiran Mali itu mempunyai aspek kepantasan yang bagus buat pasukan, namun kelemahan beliau dari segi membuat keputusan serta kerap kehilangan bola menjadikan Sidibe tidak mampu untuk bersaing bersama skuad utama.

Persamaan kedua pemain itu apabila masing-masing dilihat tidak dapat mempamerkan aksi lebih konsisten sepanjang musim dan menjadi mangsa kritikan di media sosial.

Apa yang dibuat oleh pihak pengurusan JDT ketika ini dilihat sangat bagus kerana kedua pemain tersebut berpeluang untuk kembali tampil lebih baik, memandangkan saingan di sana bersifat lebih kompetitif.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN