Rakyat Qatar Jelaskan Sebab Mengapa Penyokong ‘Berserban’ Ambil Gambar Perempuan Seksi Di Stadium

Tular di media sosial pada ketika ini gambar dan video yang menunjukkan beberapa penyokong Qatar terlopong melihat seorang wanita seksi berjalan menuju ke tempat duduk di dalam stadium.

Penyokong yang lengkap berserban itu dikatakan merupakan penduduk tempatan dan mereka mencuri perhatian peminat kerana reaksi yang mereka tunjukkan ketika melihat seorang wanita seksi berada di stadium.

Wanita seksi tersebut sebenarnya merupakan bekas ratu cantik Croatia dan jelas sekali banyak mata tertumpu kearahnya bukan hanya kerana keseksiannya, tetapi juga kerana kecantikkan beliau.

Insiden tersebut berlaku ketika bekas ratu cantik, Ivana Knoll mahu menyaksikan aksi pertemuan antara Croatia bertemu Morocco di Al Bayt Stadium.

Knoll kini dianggap sebagai penyokong paling seksi di pentas Piala Dunia Qatar dengan beliau dilihat memakai top bikini berwarna merah dan memakai legging ketat berwarna merah untuk masuk ke stadium.

Bekas ratu cantik berusia 30 tahun itu memuat naik gambarnya di instagram dan gambar tersebut mendapat jutaan sukaan dari peminat.

Ramai peminat yang tertarik melihat penyokong lelaki berserban yang dilihat mengambil gambar Knoll dan menganggap lelaki akan tetap menjadi lelaki ketika berdepan wanita seksi.

Namun begitu, menurut Mohammed Hassan Al-Jefairi kesemua mereka bukanlah mengambil gambar kerana mengikut nafsu, namun ia kerana mereka tak gembira melihat pakaian Knoll.

“untuk pengatahuan kamu, mereka mengambil gambar bukan kerana mereka suka dia tapi kerana mereka tak suka cara bagaimana kesalahan dari segi pemakaian dia yang menentang budaya kami.”

Jelas Mohammed Hassan membalas ciapan dari TrollFootball.

“Kamu boleh sahkan hal ini kepada mana-mana penduduk Qatar untuk kepastian.”

Jawapan Mohammed Hassan sepertinya tidak akan dipersetujui oleh orang ramai kerana melihat kepada reaksi penyokong tersebut, mereka jelas terlalu gembira menikmati pemandangan yang ada.

Pihak tuan rumah yang sudah sememangnya teruk dikritik oleh pelbagai pihak sebenarnya sudah memaklumkan terlebih awal dahulu dengan mereka meminta penyokong dari luar supaya menghormati budaya tempatan.

Menteri pelancongan Qatar turut sudah memberi amaran berkait pemakaian untuk setiap jantina lelaki dan perempuan dan mendesak agar mereka mematuhi hal tersebut.

Knoll jelas sekali tidak mengikuti ketetapan yang telah dibuat dengan beliau berkali-kali mencetuskan sensasi dengan memakai pakaian yang tidak sesuai.

Beliau mengakui yang dirinya sangat terkejut selepas mengetahui ada etika pemakaian di Qatar dan pemakaian yang tak dibenarkan itu merupakan hal biasa di negaranya.

“Pertama saya fikir jika ada Piala Dunia di sana, mereka tentu saja akan benarkan segalanya untuk keselesaan setiap penonton tanpa ada sebarang sekatan.”

Jelas Knoll.

“Kemudian saya dengar tentang peraturan dan saya sangat terkejut. Ada etika pemakaian, kamu tak dibenarkan menunjukkan bahu, lutut, perut dan leher.”

“Saya rasa macam, ‘OMG, saya bahkan tak ada satu pun pakaian yang menutupi semua bahagian itu.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN