Penyokong Man United ‘Terasa’ Dengan Komen Van Dijk Berkait Masa Depan Gakpo

Penyokong Manchester United dilaporkan terasa dan sangat kecewa dengan komen dari Virgil van Dijk berkait masa depan bintang muda Belanda, Cody Gakpo.

Tidak pasti sama ada bintang Liverpool itu sengaja atau tidak, namun satu hal yang pasti, para penyokong Manchester United sangat kecewa dengan komen yang beliau lakukan.

Pemain penyerang PSV, Cody Gakpo sememangnya sedang hangat dikaitkan dengan perpindahan menyertai Manchester United dalam masa terdekat ini.

Beliau tidak dinafikan lagi sememangnya antara pemain paling berprestasi di pentas Piala Dunia Qatar pada ketika ini.

Pemain berusia 23 tahun itu berjaya mencatatkan nama sebagai penjaring gol dari semua tiga perlawanan peringkat kumpulan Belanda bertemu Senegal, Ecuador dan Qatar.

Beliau juga turut mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa menakjubkan ketika membantu Belanda menewaskan Amerika Syarikat 3-1 semalam.

Melihat kepada kecemerlangan beliau pada ketika ini, jelas sekali tidak akan mengejutkan andai ada kelab yang bakal keluarkan dana besar pada jendela perpindahan Januari ini untuk mendapatkan Gakpo.

Virgil van Dijk telah ditanya soalan berkait masa depan Cody Gakpo dan sepertinya jawapan dari bintang Liverpool itu telah mengguris hati para penyokong Manchester United.

Bercakap selepas tamat aksi kemenangan Belanda bertemu Amerika Syarikat, pemain pertahanan terhebat dunia itu telah ditanya tentang kebarangkalian Gakpo untuk sertai Real Madrid atau Manchester United dan beliau menjawab:

“Adakah Manchester United dan Real Madrid berada di tahap yang sama? bukan mahu biadap, tidak sama sekali.”

Jelas Van Dijk kepada The Athletic.

“Saya jelas sekali yakin yang dia ada sesuatu untuk masa depan dia. Saya sangat yakin ia (perpindahan) akan berlaku, sama ada pada musim sejuk atau pada musim panas tahun hadapan, hanya masa akan menentukan.”

“Dia seorang remaja yang hebat dan sangat bekerja keras, sangat-sangat berbakat dan jelas sekali masih banyak yang ada dalam diri dia. Kami sangat berbangga dia sudah lakukan yang terbaik untuk kami. Moga ia akan terus berkekalan.”

Mendengar Van Dijk yang seakan-akan terlalu memandang rendah pada Manchester United itu, ramai penyokong skuad Red Devils yang kecewa dan terasa dengan kenyataan tersebut.

Cody Gakpo sepanjang musim ini sudah berjaya menjaringkan 12 gol dan mencatatkan 16 assists untuk PSV dari semua pertandingan.

Manchester United merupakan pasukan yang paling berminat mahu mendapatkan Gakpo dan kelab dari Premier League itu dikatakan sudah memulakan langkah mereka untuk mendapatkan Gakpo dari PSV.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN