Pemuda Malaysia Curi Tumpuan Di Qatar, Main Kompang Bersama Penyokong Arab Saudi Rai Kemenangan

Tular di media sosial mengenai sebuah video di mana rakyat Malaysia menjadi tumpuan di pentas Piala Dunia Qatar 2022.

Semua ini berlaku selepas sekumpulan pemuda lengkap berpakaian busana tradisional Melayu bermain kompang di luar stadium bersama-sama penyokong Arab Saudi selepas pasukan Asia itu menumbangkan Argentina.

Agak membanggakan juga untuk melihat kumpulan penyokong tersebut memperkenalkan Malaysia dengan memakai pakaian tradisi Melayu dan turut bermain alat muzik traditional di Qatar.

Memandangkan Qatar merupakan tuan rumah Piala Dunia tahun ini, jelas sekali aksi kumpulan peminat tersebut bakal disaksikan oleh peminat-peminat bola sepak seluruh dunia.

Arab Saudi baru sahaja mengejutkan peminat bola sepak seluruh dunia selepas kejayaan mereka menumbangkan calon juara, Argentina kemarin.

Dek kerana Arab Saudi sedang menjadi perhatian ramai, maka tidak hairanlah gelagat kumpulan penyokong dari Malaysia itu juga akan disaksikan ramai.

Wakil Asia pada awal kejohanan ini sepertinya sekadar menjadi pasukan belasahan dengan Qatar tewas 2-0 di tangan Ecuador dan Iran dibelasah 6-2 oleh England.

Walau bagaimanapun, Arab Saudi dan Jepun tampil menebus maruah Asia selepas kejayaan mereka menewaskan dua pasukan gergasi dalam dunia bola sepak.

Arab Saudi berjaya menewaskan Argentina 2-1 dalam perlawanan yang menyaksikan barisan pertahanan mereka mempamerkan aksi persembahan yang sungguh luar biasa dasyat.

Jepun sementara itu turut cemerlang mempamerkan aksi persembahan yang sangat menakjubkan ketika mereka menewaskan Jerman semalam.

Hari ini satu lagi wakil Asia, Korea Selatan akan turun beraksi bertemu Uruguay dalam aksi peringkat kumpulan H.

Leave a Reply