Rasmi: Kedah Umumkan Paulo Rangel Sebagai No.9 Baru Mereka

Selepas beberapa minggu spekulasi tentang Paulo Rangel, akhirnya pasukan Lang Merah mengumumkan bekas penggempur Terengganu dan JDT itu sah menyertai pasukan mereka.

Berita itu disiarkan dalam laman facebook rasmi kelab tersebut.

Kedah FA diwakili oleh CEO pasukan mereka En. Yusdi Madeonus bin Dato’ Mohamad Yunus telah menyaksikan majlis menandatangani kontrak tersebut.

Mereka juga mengesahkan Paulo Rangel sudah menyelesaikan pendaftaran dengan MFL (dahulunya FMLLP).

Paulo Rangel akan menyarung jersi no.9 yang sebelum ini milik Pablo Pallares. Paulo Rangel dianggap calon terbaik untuk memperbaiki aspek ketajaman di hadapan gol pasukan Kedah.

Pablo Pallares kerap menjadi sasaran penyokong Kedah pada awal musim ini kerana dikatakan tidak cukup bagus untuk bermain di dalam pasukan tersebut.

Rekod Rangel bersama 3 pasukan dalam Liga Malaysa sebelum menyertai JDT adalah luar biasa. Beliau pernah menjaringkan 18 gol liga semusim bersama dengan pasukan Selangor.

Paulo Rangel adalah pemenang kasut emas Liga Super Malaysia pada musim 2014. Itu antara cv beliau yang berjaya menarik perhatian kelab JDT untuk mendapatkan khidmat beliau. Rangel meninggalkan pasukan Terengganu dan ke JDT.

Ketika di JDT, beliau gagal mendapat tempat dalam pasukan tersebut dan ditolak ke JDTII. Rangel membuktikan beliau peledak sejati dengan menjaringkan 19 gol daripada 18 penampilan dengan pasukan tersebut.

Beliau kemudian bermain di Brazil dan kembali semula ke Asia Tenggara menyertai Nakhon Ratchasima.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN