Rasmi: Arsenal Umumkan Unai Emery Sebagai Pengurus Baru

Arsenal membuat kenyataan media rasmi tentang perlantikan pengurus baru pasukan tersebut. Beliau adalah Unai Emery, bekas pengurus PSG.

Dipetik dari laman Arsenal.com, kelab itu berkata:

“Unai Emery menjadi pengurus baru kita. Beliau menyertai kelab ini selepas menamatkan 2 musim di Paris Saint-Germain, dan membantu kelab tersebut memenangi treble domestik, Ligue 1, Coupe de France dan the Coupe de la Ligue.”

“Unai, 46, sebelum ini bersama Sevilla 3 musim, membantu kelab tersebut menjuarai 3 kejuaraan Europa secara berturut-turut, membantu kelab tersebut menjadi pasukan yang kuat di Liga Sepanyol.”

CEO pasukan Arsenal, Ivan Gazidis yakin dengan perlantikan Unai Emery kerana rekod pengurus tersebut dan reputasi beliau. Gazidis berkata:

“Unai memiliki rekod kejayaan lalu yang luar biasa dalam karier beliau. Beliau telah membangunkan beberapa bakat muda di Eropah dan bermain dengan cara mengujakan, bola sepak yang progresif yang sesuai dengan Arsenal.”

Arsenal FC CEO Ivan Gazidis

“Kerja keras dan pendekatan beliau yang penuh kesungguhan serta nilai yang ada pada beliau di dalam dan di luar padang membuatkan beliau menjadi orang yang ideal untuk memacu kita ke hadapan.”

“Kami melakukan proses yang sulit, menyeluruh dan secara kasar berkenaan dengan rujukan latar belakang lebih ekstensif, dengan data, analisis video, pertemuan peribadi dengan semua calon yang kami senaraikan.”

“Mereka semua berminat dengan jawatan ini dan kami sebulat suara memilih Unai untuk memacu kita ke fasa baru dalam sejarah kelab.”

Stan Kroenke teruja dengan kejayaan mendapatkan Unai Emery ke Arsenal. Beliau mengalu-alukan pengurus baru tersebut

“Kami teruja untuk mengalu-alukan Unai ke Arsenal. Beliau adalah pemenang yang sudah terbukti. Kami yakin kami melantik orang yang tepat untuk jawatan ini dan beliau akan bertugas untuk memberikan kejayaan kepada penyokong kami, staf dan semua orang yang prihatin dengan keinginan pasukan Arsenal.”

“Beberapa perkara digariskan ketika sesi temuduga dan proses keseluruhannya. Termasuk pengetahuan bola sepak beliau, tenaga, keazaman dan kecintaan beliau kepada permainan ini.”

“Beliau kenal kelab dan pemain kami, Liga Perdana Inggeris dan perlawanan di peringkat Eropah. Kesemua itu sangat mengagumkan.”

“Beliau berkongsi visi beliau untuk memacu kami ke hadapan, untuk membina pasukan ini berdasarkan platform yang dibina Arsene Wenger dan mahu membantu kelab ini menikmati kejayaan lebih besar.”

Unai Emery juga teruja dengan kejayaan mendapatkan jawatan tersebut. Beliau berkata:

“Saya teruja untuk menyertai salah sebuah kelab terhebat dalam sukan ini. Arsenal dikenali dan disukai seluruh dunia kerana gaya bola sepak mereka, komitmen kepada pemain muda, stadium yang hebat, cara kelab ini beroperasi.”

“Saya sangat teruja diberikan amanah untuk memulakan fasa baru yang penting dalam sejarah Arsenal. Saya sudah bertemu Stan dan Josh Kroenke. Saya jelas dengan cita-cita besar mereka untuk kelab ini dan mereka komited dalam memberikan kejayaan pada masa mendatang.”

Unai Emery
Unai Emery (Photo by Gonzalo Arroyo Moreno/Getty Images)

“Saya teruja dengan apa yang kami boleh lakukan bersama dan tidak sabar sabar untuk memberikan detik istimewa kepada semua orang yang mencintai Arsenal.”

Unai memulakan karier pengurusan di Lorca Deportiva pada 2005. Beliau kemudia pergi ke Almeria, Valencia dan Spartak Moscow sebelum menyertai Sevilla dan Paris Saint-Germain.

Selamat datang ke Arsenal Unai Emery.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN