RASMI: JDT Sambar ‘Ubi’ Indonesia, Syahrian Abimanyu

Syahrian Abimanyu

Persoalan mengenai pemain dari Indonesia yang bakal direkrut Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) seperti yang didedahkan oleh DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) semalam, akhirnya terjawab.

Hal ini kerana, JDT baharu sahaja mengumumkan pemain skuad bawah 23 tahun Indonesia yang beraksi bersama Madura United, Syahrian Abimanyu sah menyertai kelab juara tujuh kali saingan Liga Super Malaysia itu.

Kehadiran pemain tengah itu yang mampu bertindak selaku pemain ‘box to box’ itu  disahkan oleh laman Facebook JOHOR Southern Tigers, sebentar tadi.

Dalam perkembangan sama, laman rasmi JDT itu juga mendedahkan Syahrian merupakan sebahagian daripada pelan jangka panjang buat kelab tersebut.

Syahrian yang kini berusia 21 tahun sememangnya merupakan antara pemain pilihan untuk membarisi jentera tengah skuad Indonesia di pelbagai peringkat umur apabila beliau diberikan tanggungjawab membarisi skuad bawah 16 tahun Indonesia yang menyaksikan mereka meraih tempat kedua Kejuaraan AFF B-16 2013.

Selepas itu, beliau mendapat pengalaman yang cukup berharga apabila diberikan peluang berlatih bersama kelab Sepanyol, Levante UD B pada musim 2016/17. Sekembalinya dari negara kuasa besar bola sepak itu, Syahrian memperkuatkan skuad B-19 Indonesia bagi menghadapi Kejuaraan AFF B-19 2017 dan 2018.

Tahun 2018 menyaksikan Syahrian dipancing kelab Liga 1, Sriwijaya FC dan selepas hanya semusim khidmatnya ditagih pula Madura United yang turut beraksi dalam pentas liga paling utama di Indonesia tersebut.

Dengan perancangan jangka panjang yang menjadi matlamat utama JDT berhubung kehadiran pemain ini, Syahrian Abimanyu berkemungkinan akan beraksi bersama skuad JDT II dan kemampuannya bertutur dalam bahasa Sepanyol akan memudahkan komunikasinya bersama pengendali pasukan, Rafael Gil Sanchez.

Kredit featured image: JOHOR Southern Tigers

Baca artikel lain dari kami mengenai JDT:

Terus Mengorak Langkah Proaktif, JDT Jalin Kerjasama Dengan Spartan

JDT Lakar Lembaran Baharu, Jalin Kerjasama Dengan UNICEF

RASMI: JDT Umum Kehadiran Danial Amier Norhisham

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN