RASMI: James Rodriguez Lengkapkan Perpindahan Ke Everton

James Rodriguez Everton

Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) Everton mengukuhkan bahagian serangan pasukannya dengan menandatangani bintang Colombia, James Rodriguez dari kelab juara La Liga, Real Madrid dengan kontrak selama dua tahun.

Walaupun perincian mengenai nilai perpindahan tidak didedahkan, media British melaporkan Everton telah mendapatkan pemain berusia 29 tahun tersebut yang mempunyai baki kontrak selama setahun bersama Real dengan harga £20 juta (RM109.4 juta).

“Saya sangat gembira dapat berada bersama pasukan yang hebat ini, kelab yang penuh dengan sejarah dan menyertai pengurus yang sangat mengenali saya,” ujar James dalam kenyataan yang disiarkan oleh laman web rasmi pasukan.

“Saya kini tidak sabar untuk meraih pencapaian terbaik di sini dan membantu pasukan memenangi sesuatu yang merupakan sasaran setiap orang. Saya datang ke sini untuk terus meningkat menjadi pemain yang lebih baik dan beraksi dengan permainan yang menhiburkan.”

Kemalapan karier James di Real Madrid dikatakan berpunca daripada Zinedine Zidane yang menggunakan taktikal yang tidak bersesuain dengan corak permainannya. Namun beliau telah pun merekodkan 37 gol serta 42 bantuan jaringan sepanjang bersama skuad Los Blancos tersebut.

Reputasinya selaku pemenang Kasut Emas di kejohanan Piala Dunia 2014 membuatkan Real membelanjakan €80 juta bagi membawanya ke Santiago Bernabeu. Segalanya nampak indah buatnya di ibu kota Sepanyol itu sehinggalah Carlo Ancelotti dipecat dan Zidane mengambil alih pasukan.

Beliau dipinjamkan selama dua musim ke Bayern Munich dan mencapai tahap terbaiknya, malangnya kelab gergasi Jerman itu tidak mengaktifkan pilihan untuk membelinya secara tetap dan terpaksa pulang semula ke Real Madrid. Namun seperti dijangka, James dipinggirkan sepanjang musim lepas dan hanya lima kali memulakan perlawanan liga.

Di Everton, James akan bergandingan dengan Ancelotti buat kali ketiga. Pengurus Itali tersebut mengakui tidak perlu mengambil masa yang lama untuk meyakinkan James berhijrah ke England bagi menggilap kembali potensinya dan mencapai tahap terbaik dalam kariernya.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Everton:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN