RASMI: Greenwood Sertai Manchester City

Alex Greenwood Manchester City

Pemain pertahanan kiri England, Alex Greenwood telah menyertai Manchester City dari kelab juara Eropah, Olympique Lyonnais dengan kontrak selama tiga tahun, umum kelab Liga Super Wanita Inggeris itu pada Rabu.

Greenwood yang memulakan kariernya di Everton sebelum beraksi untuk Liverpool pada 2016 hingga 2018. Beliau kemudian mengetuai Manchester United untuk menjuarai liga pada 2019 sebelum menyertai Lyon pada musim panas lepas.

Pemain berusia 27 tahun itu membantu Lyon mengesahkan kejuaraan Liga Juara-Juara Eropah Wanita buat kali kelima berturut-turut pada bulan lepas dan mengikut jejak rakan sepasukannya, Lucy Bronze yang turut berhijrah ke Manchester City.

“Kini adalah masanya untuk cabaran baharu selepas merasai pengalaman manis dalam kempen yang penuh kejayaan musim lepas,” ujar Greenwood kepada laman web rasmi City.

“Apabila kamu sudah tahu bagaimana rasanya memiliki mentaliti menang, ia seolah-olah sudah menjadi satu ketagihan dan saya mahu menyambungnya bersama City.

“Kelab ini sentiasa menarik minat saya dengan kejayaan mereka serta bagaimana mereka melihat pentingnya bola sepak wanita. Sebagai pemain sudah tentu saya tertarik dengan suasananya dan saya kini tidak sabar untuk beraksi di sini.”

Greenwood telah mengumpul 46 kaps bersama skuad kebangsaan England yang juga merupakan sebahagian daripada anggota skuad yang mara ke peringkat separuh akhir Piala Dunia Wanita pada tahun lepas.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Manchester City:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN