RASMI: Faisal Halim Pilih Untuk ‘Terbang’ Ke Asia Bersama Terengganu FC

Terengganu FC Faisal Halim 2021

Akhirnya segalanya terungkai apabila bekas pemain muda Pahang, Faisal Halim, telah diumumkan sebagai pemain baharu Terengganu FC, sebentar tadi.

Pemain berusia 22 tahun itu sebelum ini menarik minat Selangor dan Terengganu untuk mengukuhkan pasukan masing-masing bagi saingan Liga Super musim depan, namun Faisal Halim akhirnya telah memilih untuk bersama Terengganu. Selain itu, dikhabarkan yang Penang FC juga ada mencuba nasib untuk membawanya pulang.

Pemain kelahiran Pulau Pinang itu meninggalkan pasukan negeri kelahirannya itu sejak musim 2016 dan telah beraksi bersama Pahang untuk lima musim. The Red Giants dilihat telah cuba memancing masuk dua pemain muda Pahang, Faisal Halim dan Nik Sharif Haseefy, setelah kedua-duanya mempamerkan aksi memberangsangkan.

Faisal Halim telah beraksi dalam semua perlawanan musim ini dan menyumbang dua gol untuk membantu Pahang menamatkan saingan di kedudukan ke-8 liga. Pemain tengah menyerang itu diramalkan memiliki potensi besar, namun hanya pada musim ini, barulah kelibatnya dilihat lebih banyak berbanding musim-musim sebelum ini.

Beliau merekodkan 903 minit permainan dalam 11 penampilan, lebih 542 minit permainan yang didapatinya pada saingan musim 2019. Jika tidak kerana COVID-19, beliau dijangka boleh meraih lebih banyak minit permainan setelah pengendali, Dollah Salleh mula memberikannya lebih peluang pada musim kelimanya di Kuantan.

Bersama Pahang, pemain yang mesra dipanggil Mickey itu telah meraih kejuaraan Piala FA 2018, selain telah tampil meraih satu kaps bersama skuad kebangsaan.

Memetik kenyataannya di laman Terengganu FC, Faisal Halim jelas sangat teruja untuk bersama Sang Penyu bagi saingan musim depan dan menjangkakan saingan sengit untuk posisinya nanti. Beliau akan diserahkan jersi bernombor 7 milik bekas kapten pasukan, Lee Tuck dan dikatakan bakal dibentuk menjadi tulang belakang pasukan.

“Beliau juga menyifatkan perpindahan ini adalah untuk memastikan kariernya terus berkembang disamping melihatkan apa yang diterapkan oleh pengendali TFC, Nafuzi Zain sesuai dengan cara permainan beliau,” memetik kenyataan di Terengganu FC.

Untuk rekod, selain beraksi di kejohanan tempatan – Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia, Terengganu juga bakal bersaing di saingan Piala AFC 2021.

KREDIT FEATURED IMAGE: TERENGGANU FC

Baca lagi artikel mengenai Faisal Halim dan Terengganu FC:

Faisal Halim, Arif Anwar Sudah Nyatakan Persetujuan Sertai TFC

3 Sebab Terengganu FC Langsung Tak Ambil Graduan AMD

Berbaloikah Terengganu FC Rombak Import Sebagai Persediaan Piala AFC?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN