Rasmi: Bonucci Sertai Milan Dengan Nilai Perpindahan £35 Juta , Akan Jalani Pemeriksaan Kesihatan

Berita yang ditunggu-tunggu oleh peminat Rossoneri iaitu Leonardo Bonucci sertai Milan selepas setuju dengan kontrak selama 5 tahun di San Siro.

Prosedur pemeriksaan kesihatan akan diadakan pada hari ini. Bonucci sertai Milan dengan Nilai perpindahan sekitar €42 juta ataupun £35 juta. Nilai €42 juta itu adalah €40 juta + €2 juta bonus.

Leonardo Bonucci akan diberikan lilitan kapten oleh AC Milan menggantikan Montolivo. Kelab lama Bonucci, Juventus mengucapkan terima kasih kepada ahli Tembok Turin/’Turin Wall’ yang sudah bermain 7 tahun di kelab tersebut.

Masa depan Bonucci di Juventus menjadi tanda tanya selepas beliau dikatakan tidak sehaluan dengan Allegri pada musim lalu.

Hubungan beliau semakin tegang apabila bertikam lidah dengan pengurus tersebut dalam perlawanan menentang Palermo pada Februari lalu.

Pada perlawanan berikutnya menentang Porto di UCL, Bonucci disisihkan. Bonucci juga dilaporkan tidak sehaluan dengan beberapa rakan sepasukan beliau.

Ada laporan di Itali menyebut, Allegri dengan jelas memberitahu Presiden kelab bahawa beliau tidak mahukan Bonucci dalam pasukan Juventus lagi.

Pada awal musim lalu Bonucci dikaitkan dengan Manchester City dan juga potensi bergabung semula dengan Antonio Conte di Chelsea.

Namun pemain pertahanan Itali ini tidak mahu meninggalkan negaranya dan masih mahu kekal di Juventus. Sebab lain beliau mahu kekal di Itali adalah keadaan anaknya yang sakit.

Namun dalam jendela perpindahan kali ini, Juventus mengambil langkah untuk membuka pintu kepada kelab yang mahukan Bonucci.

AC Milan datang dengan tawaran lumayan bernilai £35 juta. Ia adalah harga yang jauh lebih rendah berbanding dengan tanda harga yang diletakkan Juventus musim lalu adalah £55 juta untuk pemain ini.

Sebagai rekod, Bonucci bermain lebih daripda 300 perlawanan bersama Juventus dan sudah memenangi 6 kejuaraan Serie A. Nampaknya, drama Serie A musim hadapan akan menarik untuk melihat Bonucci menentang kelab lama beliau.

Selamat datang ke AC Milan, kapten Leonardo Bonucci.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN