Penyokong Mexico Tipu Isteri Beliau Semata Nak Ke Rusia, Guna Alasan Beli Rokok

Seorang penyokong Mexico telah menipu isterinya semata-mata untuk pergi ke Rusia untuk menyaksikan pasukan kebangsaannya beraksi di Piala Konfederasi tempoh hari.

Arturo Garcia menggunakan alasan hendak membeli rokok kepada isterinya sebagai cara untuk beliau melarikan diri dari Mexico ke Rusia.

“Saya katakan pada isteri bahawa ingin membeli rokok di sebuah kedai serbaneka.”

“Tapi saya cuma nyatakan nama kedai sahaja, saya tidak bagitahu pun cawangan mana saya pergi.”

Nyata alasan yang digunakan Garcia itu berjaya memperdayakan isteri beliau kerana sebaik sahaja beliau keluar dari rumah, Garcia terus ke lapangan terbang untuk bergerak ke Rusia.

Namun begitu, perjalanan beliau penuh dengan cabaran apabila beliau perlu menempuh perjalanan untuk dari Monterrey yang merupakan kampung halaman beliau.

Beliau perlu terbang ke Jerman terlebih dahulu sebelum melakukan penerbangan ke Rusia.

Di Jerman, beliau mengalami kecederaan di kaki beliau. Namun, beliau tetap meneruskan perjalanannya ke Rusia demi Mexico tercinta.

Beliau berjaya ke Rusia dan menyaksikan Mexico beraksi sehingga mara ke separuh akhir Piala Konfederasi.

Sumber:

  1. Remezcla (2017): Mexican Fan Tells Wife He’s Going to Get Cigarettes, Flies to Russia For Confederations Cup Instead; http://remezcla.com/sports/mexican-fan-cigarettes-confederations/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN