Mourinho Sahkan Zlatan Ibrahimovic Mungkin Kembali Sertai Manchester United

Jose Mourinho mengesahkan pintu masih terbuka untuk Zlatan Ibrahimovic kembali menyertai Machester United pada musim hadapan.

Penyerang berusia 35 tahun itu mengalami kecederaan lutut yang teruk ketika perlawanan menentang Anderlecht dalam saingan UEFA Europa League pada April lalu.

(Photo by Laurence Griffiths/Getty Images)
Restrictions

Kecederan kepada ligamen lutut Ibrahimovic, memerlukan pembedahan sekaligus menamatkan musim Ibrahimoviv bersama Manchester United lebih awal pada musim lalu.

Zlatan Ibrahimovic menjaringkan 28 gol untuk Manchester United dalam semua pertandingan pada kempen 2016-2017. Kontrak asal Ibrahimovic bersama United tamat pada 30 Jun yang lalu.

Mourinho mengesahkan perbincangan lanjut akan diadakan untuk melihat kemungkinan Ibrahimovic untuk kembali menjelang perayaan Krismas akan datang.

Mourinho berkata: “Ia adalah satu kemungkinan untuk Zlatan kembali. Dia sentiasa terbuka untuk ini. Kami mahu jujur dan terbuka serta memberikan segala ruang kepada beliau, jikalau niatnya ialah untuk meninggalkan United.”

“Buat masa ini belum ada kontrak, cuma ada ruang dan masa untuk berfikir, untuk merasakan yang sepatutnya, sebelum membuat keputusan. Dari pihak Zlatan sendiri, beliau masih ingin bermain bola sepak di peringkat tertinggi.”

“Zlatan tidak menyembunyikan kecederaan teruk yang beliau alami. Zlatan jelas tidak gembira cara dia menamatkan musim walaupun dengan trofi peringkat eropah yang pertama buat dirinya kerana beliau tidak beraksi.”

“Maka Zlatan masih mahu mencabar dirinya untuk terus bermain bola sepak di peringkat paling kompetitif.”

(Photo by John Peters/Man Utd via Getty Images)

Mourinho turut mengesahkan bahawa Manchester United sentiasa membuka pintu untuk Zlatan berada di United untuk memulihkan kecederaannya. Media sebelum ini melaporkan Ibrahimovic akan terus menjalani rawatan di Carrington walaupun selepas kontrak beliau tamat di Old Trafford.

“Carrington sentiasa terbuka untuk Zlatan, dan beliau adalah salah seorang dari kami. Pada masa yang sama, kita berikan beliau ruang untuk membuat keputusan yang mampu menggembirakan semua pihak.”

Mourinho turut yakin Zlatan hanya boleh kembali beraksi selepas pulih sepenuhnya daripada kecederaan sekitar Disember akan datang.

“Jika keputusan Zlatan ialah untuk kekal di United dan kami perlu menunggu sehingga Disember, mungkin, kerana saya berpendapat beliau belum boleh kembali beraksi secara kompetitif sebelum Disember.”

“Kenapa tidak untuk kita sabar menunggu? Untuk pemain dengan kualiti seperti Zlatan, juga yang telah memberikan segalanya kepada kita selama ini?”

“Kami ada berbincang, bertukar pandangan, namun akhirnya ia terpulang kepada Ed Woodward dan juga ejen Zlatan. Tetapi adalah sangat penting bahawa keputusan akhir harus datang dari pemain itu sendiri,” ujar Mourinho lagi.

(Photo credit should read JONATHAN NACKSTRAND/AFP/Getty Images)

Jose Mourinho dipetik sebagai berkata demikian dalam satu sidang media di Amerika Syarikat. Perlawanan pertama Manchester United di Amerika Syarikat ialah pada 15hb Julai (Ahad), menentang LA Galaxy di StarHub Center, Carson pada jam 10:00 pagi waktu Malaysia.

Sumber:

1. Lyall Thomas, SkySports (2017): Jose Mourinho says Zlatan Ibrahimovic could make Manchester United return next season;
http://www.skysports.com/football/news/11667/10949063/jose-mourinho-says-zlatan-ibrahimovic-could-make-manchester-united-return-next-season

2. BBC Sports (2017): Man Utd: Zlatan Ibrahimovic could stay at Old Trafford – Jose Mourinho;
http://www.bbc.com/sport/football/40615718

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN