Mampukah Neymar & Messi Hadapi Cuaca Sejuk Di Stoke? Ini Jawapannya!

Mampukah dia lakukannya di malam yang dingin di Stoke?

Itu adalah persoalan menjadi perkara lazim dalam dunia bola sepak.

Dalam bola sepak terdapat beberapa pemain sering ditanya mengenai soalan tersebut.

Salah seorangnya adalah bintang Barcelona itu Lionel Messi.

Messi merupakan antara pemain yang tidak pernah beraksi di Premier League.

Ia telah menimbulkan sedikit keraguan kepada beberapa pihak mengenai keupayaan beliau walaupun Messi dianggap sebagai antara pemain terbaik sepanjang zaman.

Lantas beliau sering dikaitkan dengan soalan, “mampukah dia melakukannya di malam yang dingin di Stoke?”

Rakan sepasukan Messi di Barcelona iaitu Neymar menjawab soalan itu.

Beliau juga merupakan antara pemain yang sering diajukan soalan itu kerana tidak pernah beraksi di Premier League.

“Sudah semestinya Messi boleh lakukannya di malam yang dingin di Stoke.”

“Beliau akan minum teh panas dahulu dan tenangkan diri sebelum bermain.”

“Saya? Saya pun akan lakukan yang sama juga seperti beliau!”

Dalam pada itu, Neymar juga ada bercakap mengenai kebarangkalian untuk beliau berpindah ke Premier League.

“Saya kadangkala ada menyaksikan perlawanan Premier League . Cuma saya tak pernah fikir untuk bermain di sana.”

“Saya menonton kerana ingin melihat bagaiamana rakan saya Phillipe Coutinho dan juga Gabriel Jesus lakukan di sana.”

Sumber:

1. Talk Sport (2017): Barcelona FC: Neymar reveals the answer to the question we’ve all been asking – How Messi would get on at Stoke!; https://talksport.com/football/barcelona-fc-neymar-reveals-answer-question-weve-all-been-asking-how-messi-would-get-stoke

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN