RASMI: Ben Chilwell Sah Bergelar Rekrut Terbaharu Chelsea

Ben Chilwell

Hasrat Chelsea untuk mendapatkan khidmat Ben Chilwell akhirnya berjaya direalisasikan selepas kelab tersebut secara rasminya telah mengumumkan kehadiran pemain pertahanan kiri itu sebentar tadi.

Menurut sumber Goal, nilai perpindahan pemain berusia 23 tahun yang juga merupakan pemain skuad kebangsaan England itu dilaporkan mencecah nilai £50 juta dan telah memeterai perjanjian kontrak selama lima tahun.

Pertahanan kiri sememangnya antara posisi yang mahu diperkuatkan oleh pengendali pasukan, Frank Lampard bagi menghadapi musim baharu berikutan aksi tidak menentu ditampilkan Marcos Alonso dan Emerson Palmieri dalam kempen 2019/20.

”Saya gembira dapat menyertai Chelsea pada masa yang menggembirakan untuk kelab ini,” ujar Chilwell menurut kenyataan dikeluarkan laman sesawang rasmi Chelsea.

”Saya tidak sabar untuk menjadi sebahagian daripada skuad muda dan dinamik yang diketuai oleh Frank Lampard dalam usaha kami memburu kejayaan musim hadapan.”

”Saya tidak sabar untuk bermula dan mudah-mudahan tidak terlalu lama sebelum kami dapat beraksi di hadapan penyokong Chelsea di Stamford Bridge.”

Chilwell yang menikmati penampilan pertama bersama Leicester City pada Oktober 2015 telah membuat lebih daripada 120 penampilan bersama kelab tersebut.

Kini cabaran lebih besar menanti beliau berikutan reputasi kelab diwakilinya dan tanda harganya sekaligus membuatkan para penyokong setia Chelsea akan meletakkan harapan yang cukup tinggi terhadap beliau.

Ben Chilwell menjadi rekrut ketiga [pemain utama] buat The Blues selepas mereka sebelum ini telah membawa masuk dua pemain jentera serangan, Hakim Ziyech dan Timo Werner.

Chelsea dikatakan akan terus berbelanja apabila semakin hampir untuk menyelesaikan perpindahan pertahanan berpengalaman, Thiago Silva secara percuma dan melaburkan sejumlah wang yang cukup besar bagi mendapatkan pemain tengah berbakat besar, Kai Havertz ke Stamford Bridge.

Kredit featured image: Facebook Chelsea FC

Baca artikel lain dari kami mengenai Chelsea:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN