Hampir Miliki Ben Chilwell, Chelsea Cuba Pancing Thiago Silva Pula

Ben Chilwell

Chelsea yang kini sedang berusaha keras untuk memantapkan jentera pertahanan dikatakan semakin hampir untuk membawa masuk bek kiri Leicester City, Ben Chilwell dengan tanda harga bernilai £50 juta.

Membawa masuk pemain baharu di posisi tersebut nyata menjadi keutamaan buat pengendali pasukan, Frank Lampard berikutan aksi kurang meyakinkan Marcos Alonso dan juga Emerson Palmieri dilihat bakal meninggalkan Stamford Bridge.

Sehubungan dengan itu, nama Chilwell, Nicolas Tagliafico, Alex Telles dan Marc Cucurella telah dikaitkan dengan The Blues tetapi pemain skuad kebangsaan England tersebut jelas menjadi pilihan utama Lampard susulan perbincangan yang sudah dilakukan bersama Leicester.

Chilwell yang kini berusia 23 tahun telah membuat 163 penampilan dalam semua pertandingan disertai termasuk di peringkat remaja dan berjaya menjaringkan enam gol serta mencipta 16 bantuan jaringan.

Perkembangan terkini berhubung spekulasi perpindahan ini disahkan oleh wartawan tersohor dari Itali, Fabrizio Romano di laman Twitter rasmi miliknya yang mana beliau mendedahkan Chilwell semakin hampir untuk bergelar pemain baharu Chelsea.

Tambahnya lagi, perpindahan Chilwell itu akan diumumkan dalam tempoh beberapa hari sahaja lagi.

Dalam pada itu, Romano melaporkan bahawa Chelsea turut menunjukkan minat bagi merekrut pertahanan kental Paris Saint-Germain (PSG), Thiago Silva yang bakal bergelar ejen bebas sebaik sahaja selesai aksi final Liga Juara-Juara Eropah awal pagi esok.

”Thiago Silva telah ditawarkan kepada Chelsea oleh ejennya beberapa hari yang lalu. Chelsea serius dalam mempertimbangkannya sebagai pilihan tetapi Thiago memerlukan masa untuk memikirkan tentang kelab baharunya.”

”Dia mahu fokus pada aksi final [bertemu Bayern Munich] dan kemudiannya akan membuat keputusan. Selain Chelsea, Fiorentina dan tiga kelab lagi turut ada menghubunginya.”

Kredit featured image: Nick Potts/PA Images via Getty Images

Baca artikel lain dari kami mengenai Ben Chilwell:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN