Bertemu John Terry, Declan Rice Minta Tips Untuk Ke Chelsea?

john terry declan rice chelsea

Angin terus bertiup mengenai perpindahan pemain West Ham, Declan Rice selepas lagenda Chelsea, John Terry berkongsi gambar pertemuan mereka pada Khamis lalu.

Tidak pasti tujuan pertemuan tersebut, namun yang pasti John Terry adalah bekas pertahanan Chelsea yang memulakan karier di West Ham. Sebelum ini juga, telah tersebar gambarnya bersama seorang lagi lagenda Chelsea, Didier Drogba.

‘Good catch up mate’

Berikutan pertemuan itu, John Terry memuat naik gambar mereka berdua di Instagram peribadinya dengan kapsyen, “What a centre-back partnership this would have been, @DeclanRice. I’m playing left centre-back though. Good to catch up mate.

Pernah berada di akademi Chelsea sehingga berumur 14 tahun, Declan Rice sudah tentu pernah bersua muka dengan pertahanan terbaik Chelsea itu. Sehingga kini, boleh dikatakan The Blues masih ketandusan pertahanan tengah yang bagus.

Ramai berkata tentang persamaan mereka berdua dan sejak beliau meninggalkan pasukan sebelum musim 2017/18 membuka tirai, Chelsea masih tercari-cari sentuhan seorang pertahanan tengah terbaik dan kapten yang berpengaruh sepertinya.

Gary Cahill mungkin antara yang terhampir dengannya, namun beliau hanya mampu bertahan dua musim selepas pemergian John Terry. Apabila Maurizio Sarri masuk, beliau mula jarang mendapat tempat dan akhirnya meninggalkan pasukan.

Pemain yang lebih baik di benteng

Chelsea merekodkan bolos paling teruk sejak musim 1996/97 iaitu melepaskan 54 gol musim lalu. Banyak pihak mengkritik masalah di benteng dan juga penjaga gol yang setakat ini belum ada mana-mana pemain bertahan yang dibawa masuk.

The Blues setakat ini sudah membawa masuk Timo Werner dan Hakim Ziyech untuk jentera serangan. Di benteng dan gawang cuma berlegar khabar angin antaranya bek kiri Leicester City, Ben Chilwell dan penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak.

Sebagai pemain yang pernah bermain dan juga masih memiliki kemampuan sebagai pemain pertahanan tengah, Declan Rice dilihat akan dijadikan pertahanan tengah oleh pengendali, Frank Lampard berbanding posisinya di West Ham kini – pemain tengah.

Malah, melihatkan posting John Terry mengenai ‘gandingan mereka di pertahanan pastinya hebat’ seolah-olah membayangkan posisi terbaik pemain asal England itu.

Penutup

Beliau memiliki kriteria seorang kapten yang bagus disamping dilihat sangat vokal di dalam padang. John Terry juga berkata yang Declan Rice berpotensi menjadi pemain yang lebih baik seiring dengan peningkatan usianya – kini baru berusia 21 tahun.

Adakah John Terry telah menggunakan pengaruhnya untuk membawa masuk calon kapten masa depan Chelsea ini? Ianya semakin menarik untuk disaksikan.

KREDIT FEATURED IMAGE: INSTAGRAM JOHN TERRY

Baca lagi artikel mengenai Declan Rice dan John Terry:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN