Ranking Liga Malaysia Naik Dalam Ranking AFC, Hampir Dapat Slot Autamatik ACL

Ranking Liga Malaysia dalam kedudukan AFC semakin meningkat dalam kedudukan AFC Club Competition Ranking.

Hal ini kerana persembahan pasukan Malaysia di kejohanan Asia telah banyak membantu peningkatan ranking.

Selangkah ke AFC Champions League

Dalam ranking yang baharu dikeluarkan AFC ini, Liga Malaysia telah memperoleh peningkatan selepas berjaya melonjak ke tangga 14 dalam kedudukan seluruh Asia.

Ini merupakan peningkatan yang cukup baik kerana pada ranking sebelumnya, Liga Malaysia berada di kedudukan ke 17.

Namun begitu, Liga Malaysia perlu menerusi pasukan-pasukan negara di kejohanan AFC serta skuad kebangsaan perlu bergabung tenaga untuk dapatkan slot ke AFC Champions League (ACL).

Hal ini kerana Liga Malaysia perlu tergolong dalam kedudukan 6 terbaik liga di Asia Timur. Ketika ini, Liga Malaysia ditangga ke-7 dibelakang liga Hong Kong.

Ketika ini, perbezaan mata diantara Liga Malaysia dan liga Hong Kong adalah sebanyak 2.317 mata.

Untuk mengharapkan agar Liga Malaysia memperoleh slot automatik ke ACL, kita perlu mengharapkan pasukan-pasukan Hong Kong di kejohanan AFC beraksi kurang baik serta prestasi skuad kebangsaan mereka juga tidak begitu baik.

Hal ini kerana ia sedikit sebanyak dapat membantu Liga Malaysia memintas liga Hong Kong di ranking AFC Club Competition akan datang.

Akan tetapi, JDT dan FELDA United perlu beraksi cemerlang dengan mara sejauh mungkin dalam saingan Piala AFC.

Selain itu juga, pasukan kebangsaan perlu beraksi cemerlang dalam kelayakan Piala Asia 2019 untuk memastikan slot automatik ke ACL berjaya menjadi milik Liga Malaysia.

Baca juga: Kerana Jaringan Sendiri Zoet Yang Pelik, PSV Dikira Tersingkir Daripada Persaingan Liga Belanda

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN