Kerana Jaringan Sendiri Zoet Yang Pelik, PSV Dikira Tersingkir Daripada Persaingan Liga Belanda

Semalam kecoh cerita tentang jaringan sendiri Zoet yang merupakan penjaga gol utama PSV Eindhoven.

PSV menyertai Ajax dan Feyenoord untuk persaingan kejuaraan Eredivisie.

Pada Ahad lalu, PSV Eindhoven berkunjung ke De Kuip untuk berhadapan dengan pendahulu liga Feyenoord.

PSV memberikan saingan sengit kepada Feyeneoord dan cuba untuk memenangi perlawanan ini. Mereka mahu merapatkan jurang mata dengan Feyenoord.

Feyenoord mendahului seawal minit ke-9 lagi menerusi Tornstra. Feyenoord ternyata pasukan yang lebih banyak mencipta peluang di dalam perlawanan ini.

Namun PSV memiliki penguasaan bola yang lebih baik. PSV berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-62 menerusi Pereiro.

Mereka mulai menghidupkan kembali harapan untuk menang di De Kuip.

Zoet vs teknologi garisan gol

Namun sesuatu yang pelik berlaku pada minik ke-82 apabila penjaga gol PSV, Jeroen Zoet melakukan jaringan sendiri dengan cara yang tidak akan beliau mahu kenang lagi.

Zoet berjaya meyelamatkan bola di atas garisan gol. Zoet kelihatan berlagak cool dan menghayati kejayaan dia menyelamatkan bola tersebut kepada semua orang.

Ketika dia cuba bangkit, dia telah menarik bola itu melepasi garisan gol.

Teknologi garisan gol menghantar isyarat kepada jam tangan pengadil. Pengadil memberikan gol kepada Feyenoord.

Pemain-pemain PSV membantah keputusan pengadil kerana mereka merasakan bola masih belum melepasi garisan gol.

Zoet juga tidak berpuas hati dengan teknologi garisan gol tersebut. Nampaknya mereka cuba mencabar ketepatan teknologi Hawkeye. Ini adalah rakaman aksi tersebut.

Tak jelas? Baiklah, ini pula versi super slow motion kejadian ini berlaku.

https://twitter.com/JuanDirection58/status/836068141969047552

Tetapi ia memang satu keputusan goal line technology yang paling sedikit sahaja jarak melepasi garisan gol.

Kerana jaringan sendiri ini, PSV Eindhoven tewas 2-1 di tangan Feyenoord. Sekaligus ketinggalan 11 mata di belakang Feyenoord untuk persaingan kejuaraan.

Ia adalah jumlah jarak yang sudah dirasakan cukup untuk mereka tersingkir daripada persaingan.

Jadi buat masa ini, boleh dikatakan hanya Ajax yang benar-benar mencabar Feyenoord dengan 5 mata di belakang mereka.

Baca juga:Penyokong Feyenoord Dihujani Ratusan Mainan Yang Dibaling Oleh Penyokong ADO Den Haag

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN