Statistik, 6 Pakar Gelecekan Terbaik Di Eropah Setakat Ini

Statistik opta telah menyenaraikan 6 teratas untuk pakar gelecekan. Data dikira berdasarkan peratusan kejayaan mereka melakukan gelecekan melepasi pertahanan lawan.

6. Eden Hazard – 77.5%.

Pada awalnya mahu meletakkan 5. Tapi biarlah anda menjadikan Hazard sebagai penanda aras kepada pemain lain dalam senarai ini.

Hazard antara penggelecek terbaik di EPL. Menjadi antara sebab Chelsea cemerlang musim ini. Beliau 4.7 gelecekan per perlawanan.

Di antara kesemua senarai dalam artikel ini, beliau adalah yang paling prolifik dengan 10 gol setakat ini.

5. Joao Mario – 77.8%

Pemain tengah Inter ini pastinya antara bakat yang terbaik beraksi di Serie A musim ini.

Beliau menjadi pemain utama dalam rejim Sefano Pioli. Joao Mario telah menjaringkan 3 gol dan 4 bantuan gol.

Beliau menggelecek melepasi lawan beliau pada kadar 1.7 per perlawanan. Beliau lebih baik daripada Eden Hazard dari segi peratusan kejayaan gelecekan.

4. Fouad Chafik – 75.6%

Pemain dari Maghribi ini menjadi antara bakat yang dikehendaki banyak kelab di Perancis meskipun sudah berusia 30 tahun. Dia bermain di Dijon.

Posisi Chafik adalah bek kanan. Beliau melakukan purata 1.8 gelecekan per perlawanan. Pemain ini sangat bahaya apabila mendekati kotak penalti. Namun pasukan beliau sedang bertarung dengan penyingkiran.

3. Moussa Dembele – 84.4%

Beliau sebenarnya pemain Belgium yang paling pakar menggelecek di EPL berbanding dengan Hazard, Mirallas, De Bruyne ataupun Lukaku.

Beliau melakukan purata 3.1 gelecekan per pelawanan. Tidak lupa juga beliau ada kadar bentesan yang sangat baik iaitu 2.8 bentesan per perlawanan.

Dembele adalah instrumen penting Maurico Pochettino di Spur.

2. Marco Veratti – 85.4%

Ini agak mengejutkan kerana Veratti kita lebih kenali beliau dengan kemapuan untuk melakukan hantaran bukannya menggelecek.

Beliau melakukan gelecekan sekitar 2.3 per perlawanan dan akan melakukan bentesan pada kada 3.2 bentesan per perlawanan.

Beliau juga antara pemain tengah terbaik di Eropah buat masa ini.

1. Wylan Cyprien 87.9%

OGC Nice antara kelab yang cemerlang musim ini di Ligue 1. Selain Balotelli mereka juga memiliki Wylan Cyprian.

Baru berusia 22 tahun, pemain ini sudah menjaringkan 7 gol dan 3 bantuan gol. Beliau cemerlang untuk melengkapkan 2 gelecekan per perlawanan.

Nampaknya Nice akan berkira-kira membuat duit lagi menerusi pemain ini.

Baca juga: Analisis: Pengurusan Paul Pogba Dalam Taktikal Manchester United vs Feyenoord

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN