Ramos Tibai Elon Musk Selepas Tanda Calit Biru Akaun Twitter Miliknya Hilang

Bintang Paris Saint Germain, Sergio Ramos tampil menghentam pemilik platform media sosial Twitter, Elon Musk selepas tanda calit biru legasi di akaun miliknya hilang.

Pemain pertahanan itu juga turut berkongsi beberapa tangkap layar mesej berbaur ugutan dan berunsur ganas kiriman peminat kepadanya di platform tersebut.

Twitter pada minggu ini telah membuat satu pembaharuan yang sangat besar dengan mereka membuang tanda catit biru legasi yang diiktiraf di platform media sosial itu.

Sebelum ini, tanda catit biru itu diberikan kepada orang-orang terkenal atau organisasi tertentu untuk mengesahkan identiti mereka yang asli.

Proses pengesahan itu juga sangat telus dan hanya orang atau organisasi tertentu sahaja yang mampu untuk memiliki tanda biru tersebut.

Namun begitu, selepas twitter dibeli oleh Elon Musk, beliau sepertinya tidak mahu lagi meneruskan hal tersebut di platform media sosial miliknya itu.

Manusia terkaya itu sudah mula mencadangkan untuk membuang tanda catit biru yang disahkan itu sebaik beliau membeli twitter pada tahun 2022 yang lalu.

Beliau mula memperkenalkan Twitter Blue yang mana ia memberi ruang kepada sesiapa sahaja untuk memiliki tanda catit biru itu dengan membelinya.

https://twitter.com/cr7stianos/status/1650089125632983040?s=20

Maka kini sesiapa sahaja boleh memiliki tanda catit biru itu tanpa perlu menjadi individu terkenal atau melalui proses-proses pengesahan seperti dahulu.

Twitter secara rasminya membuang tanda catit biru legasi yang disahkan pada Khamis lalu dengan ribuan manusia atau organisasi terkenal di dunia kini sudah tidak mempunyai tanda biru itu di akaun mereka.

Manusia paling berpengaruh dalam dunia, Cristiano Ronaldo juga turut tidak terlepas dari menjadi mangsa Twitter Blue dengan tanda catit biru di akaun miliknya itu juga turut hilang.

Hal tersebut menyebabkan semakin sukar kini untuk mengenal pasti adakah akaun itu sah atau tidak kerana semua orang boleh memiliki tanda tersebut asal saja mereka mahu bayar.

Sergio Ramos tampil menghentam Elon Musk

Sergio Ramos jelas sekali sangat tidak gembira selepas tanda biru di akaun twitter miliknya hilang baru-baru ini.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu tampil beraksi untuk PSG ketika aksi kemenangan menewaskan Angers kemarin.

Tidak lama selepas tamat perlawanan tersebut, beliau tampil di akaun media sosial miliknya untuk menghentam Elon Musk.

“@Elonmusk, membuang tanda biru, paksa bayar dan buat duit itu satu strategi. Buang kebencian, mempromosikan penghormatan dan menjadikan @Twitter tempat yang lebih aman juga boleh jadi salah satu. Sekadar cadangan.”

Tulis Sergio Ramos di akaun media sosial miliknya.

Bekas bintang Real Madrid itu juga turut berkongsi gambar-gambar tangkap layar mesej yang beliau terima dari peminat di platform tersebut.

Antara isi kandung mesej-mesej tersebut adalah seperti:

“Saya mengharap penderitaan yang sangat besar berlaku kepada Sergio Ramos.”

Individu tersebut juga turut menulis empat kebahagiaan paling nyata dalam hidupnya adalah ketika Ramos, Isteri Ramos dan anaknya mati.”

Ramos juga turut menerima ugutan mati ke atas dirinya, ibunya, isterinya dan anak perempuannya dengan beliau turut dianggap sebagai penipu paling besar dalam sejarah bola sepak.

Tidak boleh dinafikan lagi yang mesej-mesej diterima oleh Ramos itu sangat tidak sepatutnya dan memang berunsur ugutan serta menggugat keselamatan beliau bersama keluarganya.

Gangguan tersebut sememangnya sering berlaku di Twitter dan semua platform media sosial lain, dan ia juga sepertinya semakin teruk dari hari ke hari.

Kehilangan tanda catit biru legasi itu kini bakal meletakkan mereka yang ternama berada di posisi yang mana mereka akan lebih kerap membaca mesej-mesej seperti itu.

Semoga saja Elon Musk akan mampu mencari jalan lain untuk memastikan hal-hal seperti ini tidak berlaku selain dari beliau menumpukan untuk menjana pendapatan yang lebih.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN