Ralf Rangnick Tak Nafi Kem United ‘Bergolak’, Tuntut Semua Pihak Bersatu

Ralf Rangnick Manchester United

Pengurus interim Manchester United, Ralf Rangnick mengakui segelintir anggota skuadnya ‘kurang gembira’ sehingga menimbulkan suasana tegang di dalam bilik persalinan.

Dalam beberapa minggu kebelakangan ini, moral pemain dikatakan berada pada tahap yang paling rendah sehingga memberi kesan kepada keputusan dua perlawanan terakhir iaitu seri berdepan Newcastle United dan tewas kepada Wolverhampton Wanderers.

Keadaan ini membuatkan pemain mula hilang ‘jiwa’ dan mahu meninggalkan pasukan. Terdapat laporan mengatakan 11 orang pemain sudah bersedia untuk angkat kaki dari Old Trafford kerana tidak berpuas hati dengan pendekatan dan taktikal Rangnick.

“Saya hanya boleh jawab tentang skuad. Jujurnya saya tak tahu tentang suasana dalam kelab, pemain, bilik persalinan, staf kejurulatihan dan semua orang rasa kecewa dengan prestasi selepas perlawanan [menentang Wolves],” ujar Rangnick.

“Sekarang kita ada empat hari untuk latihan, semalam, hari ini, esok dan lusa sebelum perlawanan berdepan Aston Villa, dan tugas kami adalah untuk mempamerkan aksi yang berbeza apabila menentang Aston Villa nanti.

Apabila ditanya sejauh mana masalah yang sedang dihadapi oleh United ketika ini, jurulatih berusia 63 tahun itu menjelaskan sudah menjadi lumrah dalam pasukan bola sepak akan ada pemain yang kurang gembira kerana tidak dapat bermain.

Man Utd Lebih Bagus Di Bawah Kendalian Ole Gunnar Solskjaer Berbanding Ralf Rangnick

“Ini bukanlah satu-satunya isu untuk kelab seperti Manchester United. Apatah lagi apabila kami ada skuad yang besar. Dalam dua perlawanan terakhir, kita ada banyak pemain yang sedia beraksi, kita terpaksa ketepikan tiga pemain pertahanan tengah ketika menentang Wolves,” tambahnya lagi.

“Secara umum, kita ada ramai pemain yang bersedia untuk bermain. Selain Paul Pogba, hanya sebelas pemain yang boleh beraksi, kemudian tiga pemain gantian. Maka akan ada yang tidak dapat bermain atau tidak ada dalam skuad.

“Itulah yang menyebabkan ada pemain yang tidak gembira dengan situasi ini, ia jelas. Saya cenderung untuk menjelaskan kepada pemain setiap dua atau tiga minggu kenapa mereka tidak bermain dan itulah yang menjadi isu dalam pasukan ini dan juga kelab lain.

“Kami ada pemain yang akan tamat kontrak pada musim panas nanti, kami juga ada satu atau dua pemain yang mahu meninggalkan pasukan walaupun masih ada kontrak. Itu adalah mengenai rundingan dengan pihak kelab.

“Tetapi sebagai seorang profesional, bersungguhlah dalam latihan dan dapatkan peluang untuk beraksi. Jika itu tidak berlaku, pemain, kelab dan ejen perlu berbincang. Saya akan cakap terus perkara itu kepada pemain.

“Kami sepatutnya membuat penambah baikan, tetapi keputusan menentang Wolves adalah satu langkah ke belakang, berulang kepada tabiat yang telah ditunjukkan sebelum ini.

“Semua pihak perlu bersatu dan bekerjasama. Kita hanya boleh menjadi lebih baik dengan mendominasi penguasaan bola. Kita perlu lakukan bersama-sama, dengan semangat, emosi dan intensiti.”

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN