Kim Swee: Ketangkasan Khairul Fahmi Penting Kukuhkan Benteng ‘Tenat’ Sabah

Khairul Fahmi Che Mat Malaysia Sabah FC Ong Kim Swee 2022

Pengendali Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee gembira dengan kehadiran penjaga gol, Khairul Fahmi Che Mat dalam usahanya untuk mengukuhkan benteng akhir The Rhinos yang sedikit ‘tenat’ pada musim lalu.

Mengapa dikatakan ‘tenat’? Daripada 12 pasukan di Liga Super 2021, Sabah adalah pasukan ke-3 teruk dibolosi lawan iaitu sebanyak 38 gol, di belakang dua pasukan tersingkir – UiTM FC (41 gol) dan Perak FC (45 gol).

Analisis: Falsafah Bola Sepak Ong Kim Swee Yang Bakal Mengubah Sabah FC

Kemasukkan Kim Swee untuk saingan Piala Malaysia memperbaiki sedikit isu itu walaupun tidak sepenuhnya. Perubahan formasi memberi keampuhan kepada skuadnya dan mereka perlukan penjaga gol berpengalaman untuk mendapatkan hasil. Begitupun, mereka mengejutkan banyak pihak apabila berjaya mara ke suku akhir.

Dan individu yang menjadi penghalang kepada Sabah di suku akhir adalah kekentalan Khairul Fahmi sendiri.

Sabah tumbang 1-3 secara agregat kepada Melaka United yang tampil cemerlang di saingan Piala Malaysia.

Khairul Fahmi melepaskan 21 gol dalam 18 penampilannya di Liga Super musim lalu. Ketika beliau tidak beraksi dalam empat perlawanan, Melaka United dibolosi 10 gol – satu jumlah yang besar, separuh gol yang dilepasnya.

Sebelum ini, Kim Swee pernah menyebut beliau perlukan minimum tiga pemain ternama pada musim depan.

Ujarnya kepada New Straits Times mengenai sasaran pemain untuk musim hadapan, Kim Swee menjelaskan “Pada asasnya, kami memerlukan sekurang-kurangnya tiga pemain ternama untuk membimbing yang lain. Kami sedang berunding dengan beberapa pemain, tetapi saya tidak boleh mendedahkan butirannya lagi.”

“Memandangkan ini [Sabah] adalah pengalaman pertama saya melatih sebuah kelab, saya tidak pasti sama ada sasaran saya akan menyertai saya. Namun, saya akan cuba sedaya upaya untuk memujuk mereka,” ungkapnya.

Beliau dengan jelas menyebut Sabah memerlukan tiga pemain dan di Twitternya, tiga nama ‘sengaja’ disebut iaitu Baddrol Bakhtiar, Khairul Fahmi dan Irfan Fazail. Itu mungkin tonggak utama yang menjadi idamannya.

Mengulas mengenai penyertaan Khairul Fahmi, Kim Swee berkata yang kehadiran pemain yang mesra disapa Apek itu akan menyelesaikan masalah yang dihadapi Sabah musim lalu terutamanya di gawang gol mereka.

“Salah satu kelemahan kita [Sabah] pada musim lalu ialah di bahagian penjaga gol. Kehadiran Apek pasti akan menguatkan lagi pasukan terutamanya di bahagian pertahanan,” ungkap Kim Swee kepada Berita Harian.

“Langkah ini penting untuk kita membina sesuatu terutamanya melalui penjaga gol yang berpengalaman dan boleh membimbing penjaga gol muda apabila dia berada di sini nanti,” ulasnya lanjut mengenai Khairul Fahmi.

Selain kehadiran Khairul Fahmi, Sabah turut disertai seorang lagi penjaga gol, Damien Lim yang cemerlang membantu Negeri Sembilan raih tiket ke Liga Super musim depan dengan enam kali melakar cleansheet daripada 15 penampilannya. Baru berusia 24 tahun, beliau dijangka akan menjadi pencabar Khairul Fahmi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN