Jalani Kehidupan Seperti Pemain Biasa, Gaji Faiq Bolkiah Di Liga Thai Lebih Rendah Daripada Pemain Tempatan

Faiq Bolkiah dianggap sebagai pemain bola sepak terkaya di dunia kerana statusnya sebagai kerabat diraja Brunei.

Merupakan anak saudara kepada Sultan Brunei, Faiq Bolkiah dilaporkan memiliki kekayaan bernilai £13 bilion atau bersamaan dengan nilai RM73.35 bilion.

Pemain ini mulai mencuri perhatian ramai kerana pernah mewakili akademi-akademi ternama seperti Southampton, Arsenal dan Chelsea pada awal pembabitannya di dalam bola sepak.

Impian pemain ini untuk beraksi di pentas utama Eropah bagaimana pun tidak kesampaian apabila kontrak beliau bersama Maritimo di Portugal – kelab terakhir disertai di Eropah  – turut berakhir tanpa sebarang aksi sempat dipamerkan.

Ubah haluan ke Thailand

Selepas menerima hakikat perjalanan beliau di Eropah sudah berakhir – sekurang-kurangnya buat masa ini – Faiq Bolkiah mengubah haluan dan perjalanan karier bola sepaknya ke Thailand.

Beliau diumumkan sebagai salah seorang rekrut baharu Chonburi FC pada Disember lalu, untuk menghadapi saingan Liga Thai pada musim ini.

Pengurus Chonburi, Sasit Singtothong berkata kualiti dimiliki Faiq sebagai pemain menjadi sebab utama beliau dipilih menyertai kelab dan bukan kerana harta yang ada pada pemain tersebut. Skil individu dan kepantasan dilihat sebagai aset utama pemain itu.

Beliau juga teruja untuk mempunyai pemain yang menjadi tumpuan media di seluruh dunia berdasarkan rekod yang ada pada Faiq.

Namun Sasit juga memandang Faiq selaku pemain bola sepak dan bukan selaku seorang jutawan.

Gaji dan kehidupan Faiq di Thailand

Sasit Singtothong baru-baru ini juga mendedahkan bagaimana Faiq menjalani kehidupan harian di Thailand.

“Beliau minta agar tidak payah susah dan biarkan semuanya ringkas dan sederhana (stay simple) sahaja. Apabila datang ke Chonburi, ia adalah tempat yang sederhana untuk menjalani kehidupan. Beliau juga meminta agar tidak perlu ada pegawai untuk mengiringi beliau sepanjang masa,” jelas Sasit ketika ditemuramah oleh wartawan Siam Sport.

“Pada hari biasa, Faik Bolkiah turun ke latihan seperti pemain lain. Tetapi pada hujung minggu dan cuti, akan ada wakil dari kedutaan menjemput beliau untuk makan tengah hari.”

Turut ditanya kepada Sasit Singtothong ialah berapakah jumlah gaji yang ditawarkan kepada Faiq Bolkiah dan bagaimana kelab itu mampu meyakinkan pemain tersebut untuk menyertai mereka.

“Saya tidak boleh mendedahkan angka sebenar. Tetapi biar saya jelaskan, beliau sebenarnya menerima gaji yang lebih rendah daripada sebahagian pemain Thailand yang lain,” jawab Sasit.

“Kami sememangnya pernah berhubung sebelum ini. Jurulatih juga melihat potensi beliau. Dan beliau juga berminat menyertai Chonburi FC sejak dua musim lalu.

“Tetapi pada kerika itu pihak kelab tidak mampu dan tiada dana untuk mendapatkan beliau. Itu kerana beliau masih beraksi bersama kelab besar di Eropah.

“Tetapi sekarang kami berjaya mendapatkannya. Beliau berlatih dengan baik. Dan perlawanan menentang Muangthong United nanti adalah peluang terbaik untuk kita semua melihat sendiri keupayaan beliau di dalam padang.”

Faiq Bolkiah, pemain yang kini berusia 23 tahun dianggap seorang pemain yang mampu beraksi di pelbagai posisi di bahagian serangan. Selain memiliki keupayaan untuk beraksi sebagai penyerang, beliau juga boleh beraksi dan menghadirkan ancaman dari bahagian sayap kanan dan kiri.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN