Kerana Janji Tidak Ditepati Selama 3 Tahun Punca Rafael Benitez Tinggalkan Newcastle United

Bekas pengurus Newcastle United, Rafael Benitez mengakui yang dirinya tidak percaya akan ahli lembaga pengarah kelab tersebut.

Menurut laporan Sky Sports, Benitez mengatakan perkara itu terjadi selepas dirinya dimungkiri janji selama 3 tahun.

“Mereka ada setahun untuk uruskan kontrak baharu saya tetapi apabila kami berjumpa di penghujung musim, langsung tiada tawaran diberikan.”

“Mereka juga tidak mahu untuk melabur untuk kompleks latihan atau pun akademi pasukan.”

BeTambah Benitez lagi, beliau diberikan bajet perpindahan yang terhad hinggakan pengurus dari Sepanyol itu berasakan Newcastle United tidak mampu mencabar kedudukan 10 teratas liga.

Bagaimana pun, beliau akhirnya ditawarkan dengan kontrak baharu 19 hari selepas perjumpaan tersebut.

Namun beliau cukup kecewa kerana gaji yang ditawarkan adalah sama seperti 3 tahun lalu dan Benitez mempunyai kuasa yang semakin terhad dalam urusan jual beli pemain.

“Selepas 3 tahun janji tinggal janji, saya tidak lagi percayakan mereka.”

Benitez membuat keputusan untuk meninggalkan kelab itu yang nyata mengecewakan sebahagian besar penyokong Newcastle United.

Beliau kini membawa diri ke China untuk menjadi pengurus Dalian Yifang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN