Radrizzani: Leeds United Perlu Dana Besar Untuk Bersaing Hebat Di EPL

Radrizzani

Pemilik Leeds United, Andrea Radrizzani menegaskan bahawa kelab tersebut memerlukan suntikan dana besar bagi membolehkan The Whites dapat bersaing hebat dengan kelab-kelab besar kancah Liga Perdana Inggeris (EPL).

Penantian 16 tahun Leeds United untuk kembali ke persaingan liga paling popular di dunia itu berakhir selepas mereka berjaya muncul juara EFL Championship 2019/20.

Kejayaan itu juga mengimbau kembali nostalgia Leeds United yang sebelum ini memiliki begitu ramai bekas pemain yang berkualiti tinggi seperti  Harry Kewell, Lee Bowyer, Ian Harte, Mark Viduka, Alan Smith, Rio Ferdinand dan ramai lagi.

Tidak mahu pasukannya sekadar menjadi pelengkap kepada kempen EPL musim hadapan, Radrizanni sedar bahawa dana untuk membawa masuk pemain baharu menjadi antara aspek penting dalam survival Leeds United nanti.

Ahli perniagaan dari Itali itu juga mahu skuad bimbingan Marcelo Bielsa tampil dengan lebih hebat dan kompetitif bagi menyaingi kelab-kelab besar dalam liga tersebut.

Radrizanni ketika mengunjungi Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Larkin pada tahun 2017. Kredit foto: JOHOR Southern Tigers

”Kami menikmati kejayaan yang luar biasa ini. Tetapi kami telah melakukannya pada tahun tertentu dan impak COVID-19 turut membuatkan kewangan kelab terganggu.”

”Jadi, kami perlu untuk menambahkan pelaburan untuk menjadi lebih kompetitif dan meneruskan projek dan perkembangan kami dalam usaha mengekalkan kedudukan dalam Liga Perdana Inggeris. Saya merasakan saya perlu menambahkannya.”

”Orang mengatakan bahawa saya akan menjual kelab ini, tetapi saya sentiasa akan mengatakan saya akan menjual kelab ini jika saya tidak dapat mencapai sasaran ke Liga Perdana Inggeris.”

”Tetapi pada kes ini, saya ingin kekal 10 tahun atau mungkin lebih, 20 tahun, saya masih muda, saya tidak mahu terburu-buru. Saya benar-benar menikmatinya,” ujar Radrizzani menurut laporan World Football.

Dalam perkembangan sama, Radrizanni turut mengakui syarikatnya, Asper akan melakukan pelaburan awal dalam menyuntik dana buat Leeds United. Asper merupakan syarikat pelaburan global yang memfokuskan kepada industri media dan sukan.

Kredit featured image: Leeds United

Baca artikel lain mengenai Leeds United:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN