R. Barathkumar Diumumkan Pemain Terbaik Liga Premier PFAM-ASIANA.MY Bulan Mac

Messi bags his trademark chip against Atlanta United Loading official content
Messi bags his trademark chip against Atlanta United
0 seconds of 1 minute, 12 secondsVolume 0%
Press shift question mark to access a list of keyboard shortcuts
Next Up
Slot feels a tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final in a row
01:02
00:00
01:12
01:12
 
Teruskan Menonton
Video Seterusnya Slot feels a tough week after losing vs PSG and Carabao Cup final in a row Behind the scenes: PSG's magical night at Anfield Kompany after draw at Union Berlin: 'It was not a bad performance' All Newcastle's goals en route to the Carabao Cup final Ronaldo, Mané, Durán score as Al-Nassr thump Al-Kholood Slot: 'Quansah's mentality has grown' Behind the scenes: Bayern's deserved victory at Bayer Leverkusen Romero, Bentancur, Kulusevski recognized after 100 Spurs appearances Isak's Carabao Cup goals against Arsenal and Chelsea Lihat lebih video Major League Soccer di OneFootball

Pemain tengah Negeri Sembilan, R. Barathkumar diumumkan sebagai Pemain Terbaik Liga Premier PFAM-ASIANA.MY untuk bulan Mac yang lalu.

Pemain tengah berusia 29 tahun itu dinamakan pemain terbaik anugerah bulanan itu selepas memperolehi 67.18% undi berbanding empat pesaing lain.

R. Barathkumar bukan satu-satunya pemain dari Negeri Sembilan yang dicalonkan untuk anugerah bulanan ini setelah permulaan baik pasukan itu sepanjang Mac lalu.

Sumber: PFAM

Turut dicalonkan ialah penyerang import, Alain Akono yang memperolehi 439 undi.

Dengan 10,179 undi, R. Barathkumar menewaskan pesaing terdekat iaitu penyerang import Sarawak United dari Nigeria, Uche Agba yang meraih 3,855 undi.

Dua lagi calon, George Attram (Selangor FC) meraih 577 undi, manakala penjaga gol Sarawak United, Sharbinee Allawee memperolehi 101 undi.

Sumber: Negeri Sembilan FC

Ramallo Barathkumar kembali menyertai negeri asalnya pada musim ini setelah bersama PJ City FC pada musim lalu. Prestasi cemerlang Negeri Sembilan FC setakat ini yang berada di kedudukan ketiga juga bukannya satu kebetulan.

Dikenali sebagai pemain yang kerap menjaringkan gol spektakular, R. Barathkumar adalah pemain tempatan tunggal yang berada di kelompok atasan penjarang terbanyak Liga Premier pada bulan Mac.

Empat gol dalam lima perlawanan Liga Premier, ianya jelas merupakan satu pencapaian yang cukup memberangsangkan buat pemain tengah Negeri Sembilan, R Barathkumar bersama pasukan baharunya.

Barathkumar berharap tahun ini akan menjadi musim yang lebih baik untuknya bersama skuad kendalian K Devan dan sekaligus membantu Negeri Sembilan meraih slot ke Liga Super untuk musim depan.

 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN