- Pasukan: Perancis
- Benua: Eropah
- Kali terakhir layak: 2018
- Pencapaian terbaik: Juara (1998 dan 2018)
Juara bertahan, Perancis sekali lagi tampil dalam saingan Piala Dunia kali ini dengan membawa deretan pemain bintang dalam misi untuk mengekalkan gelaran mereka pada tahun 2018 lalu.
Menerusi senarai nama yang dibawa kali ini, pasukan tersebut sekali lagi tampil mencuri tumpuan untuk menjadi pilihan mara lebih jauh dan memberi tentangan sengit buat negara lain.
Berada dalam Kumpulan D bersama Australia, Denmark, dan Tunisia, segalanya tampak tidak sukar untuk skuad kendalian Didier Deschamps untuk mengatasi cabaran awal.
𝗟𝗘𝗦 2️⃣6️⃣ 𝗡𝗨𝗠𝗘𝗥𝗢𝗦 🇫🇷
Commandez votre maillot ici 👇
🛒 https://t.co/YzKC3CojTL pic.twitter.com/uO0jzALA2P— Equipe de France ⭐⭐ (@equipedefrance) November 14, 2022
Namun, Denmark mungkin bakal memberi sedikit kesukaran buat Perancis, setelah pasukan tersebut tampil dua kali menewaskan mereka ketika saingan Nations League lalu.
Perjalanan ke Qatar
Daripada lapan perlawanan dihadapi Perancis pada aksi kelayakan lalu, pasukan ini tampil cemerlang untuk berada di kedudukan teratas Kumpulan D dengan rekod tanpa kalah.
Lima kemenangan dan tiga keputusan seri berjaya memberi Perancis 18 mata secara keseluruhan untuk menafikan negara lain iaitu Ukraine, Finland, Bosnia, dan Kazakhstan.
Kemenangan terbesar dicatat Perancis ketika mereka menewaskan Kazakhstan dengan keputusan 8-0, apabila Kylian Mbappe cemerlang menyumbang empat gol daripadanya.
🇫🇷 Il y a un an jour pour jour, Kylian Mbappé inscrivait un QUADRUPLÉ fou face au Kazakhstan 🇰🇿 au Parc des Princes.
🔥🔥🔥 pic.twitter.com/CFLtB0VfiD
— Actu Bleus (@actubleus_) November 13, 2022
Penjaring terbanyak mereka dalam pusingan kelayakan itu pula ialah Antoine Griezmann yang meledak enam gol secara keseluruhan bersama penyerang Finland, Teemu Pukki.
Dari segi serangan jelas mereka mempunyai rantaian pemain berkualiti untuk menyumbang gol serta pertahanan yang kukuh, setelah melepaskan hanya tiga gol sahaja.
Karim Benzema jadi sandaran utama
Penyerang Real Madrid ini pastinya antara yang bakal mencuri tumpuan ramai dalam aksi Piala Dunia kali ini bersama Perancis berbanding pemain lain.
Benzema yang dinobatkan sebagai pemenang anugerah Ballon d’Or terbaharu jelas tampil dengan sangat menyakinkan bersama gergasi Sepanyol itu dalam saingan liga dan UEFA Champions League (UCL).
The World Cup isn't ready 🥶 pic.twitter.com/1hUaUhz9fO
— ESPN FC (@ESPNFC) November 13, 2022
Untuk rekod jaringan beliau ketika pusingan kelayakan Piala Dunia bersama Perancis, Benzema telah pun meledak tiga gol keseluruhan serta satu ketika aksi saingan Nations league.
Dikelilingi rakan serangan lain seperti Kylian Mbappe dan Griezmann, pemain ini mungkin bakal tampil dengan lebih garang untuk membuktikan sesuatu pada aksi Piala Dunia ini.
Adakah mereka mampu kekalkan kejuaraan?
Persoalan yang paling popular ketika ini buat Perancis, setelah mereka tampil tanpa beberapa pemain tonggak lalu seperti N’golo Kante dan Paul Pogba.
Tampil dengan beberapa bakat muda seperti Eduardo Camavinga, Youssouf Fofana dan Aurelien Tchouameni di bahagian tengah, pastinya cabaran besar bakal dihadapi pasukan tersebut kerana batas pengalaman dimiliki.
Talent! Who are you backing to shine for France at the World Cup?
🇫🇷 Camavinga
🇫🇷 Tchouaméni
🇫🇷 Saliba pic.twitter.com/99q5P1ISaB— UEFA EURO 2024 (@EURO2024) November 10, 2022
Namun kelibat pemain senior seperti Griezmann, Olivier Giroud, dan Karim Benzema dilihat mengimbangi bakat muda tersebut untuk memberi panduan kepada mereka di atas padang.