Qatar 2022: Arab Saudi Perlu Hidupkan Jangkaan Sebagai Pasukan Terbaik Asia

Qatar 2022
  • Pasukan: Arab Saudi
  • Benua: Asia
  • Kali terakhir layak: 2018
  • Pencapaian terbaik: Pusingan 16 terbaik (1994)

Walaupun sudah layak ke pusingan akhir Piala Dunia sebanyak lima kali, Arab Saudi jelas sekali masih belum mampu untuk memecahkan badi mereka sebagai “pasukan pelengkap jadual”.

Hingga kini, Arab Saudi masih lagi belum mampu untuk memecahkan rekod mereka sendiri yang dicipta pada Amerika Syarikat 1994 apabila berjaya layak ke pusingan 16 terbaik.

Itu adalah ketika mereka pertama kali menyertai Piala Dunia sebagai pasukan di ranking ke-12 dunia. Sejak itu, mereka cuma ‘sendu di peringkat kumpulan pada 1998, 2002, 2006 dan 2018.

Kini, mereka tiba di Qatar 2022 sebagai antara pasukan terbaik di Asia dan semestinya tiba masanya untuk mereka melakukan lebih baik berbanding sebelum ini.

Terbaik di Asia

Walaupun sememangnya pasukan gergasi di Asia, namun kelayakan Arab Saudi ke Qatar 2022 boleh dianggap sebagai mengejutkan jika hendak diambil kira dengan komposisi kumpulan yang disertai mereka.

Dalam kumpulan B kelayakan Piala Dunia zon Asia, Arab Saudi diundi bersama-sama Jepun, Australia, China, Oman dan Vietnam.

Di atas kertas, kumpulan ini amat sukar dan sedikit kesilapan pasti akan mengundang padah.

Namun begitu, ianya bukan masalah buat Arab Saudi apabila mereka berjaya menjadi juara kumpulan dengan mengumpul 23 mata.

Menghasilkan tujuh menang, dua seri dan hanya kalah sekali sahaja adalah rekod yang cemerlang buat mereka memandangkan Jepun yang berada ditangga kedua memperoleh jumlah mata yang begitu hampir.

Jumlah kemenangan yang diperoleh Jepun dan Arab Saudi adalah sama, tetapi apa yang membezakan mereka adalah Jepun tewas dua kali berbanding Sang Lelaki Hijau yang kalah sekali sahaja.

Ini menjadikan Arab Saudi sebagai pasukan terbaik di Asia ketika pusingan kelayakan selain Iran yang menjuarai kumpulan A.

Cuba dulu, mana tahukan?

Diundi dalam kumpulan yang sukar bersama-sama Argentina, Mexico dan Poland, Arab Saudi bagaimana pun tidak akan memberikan cabaran mudah kepada tiga pasukan terbabit.

Skuad yang dibawa kali ini dilihat lebih muda dan segar. Tambahan pula, mereka telah dikumpul dengan berdepan pusingan kelayakan yang cukup mencabar.

Kejayaan di pusingan kelayakan dengan menggunakan skuad muda bakal dijadikan sebagai sandaran untuk mencabar pasukan-pasukan utama dunia di Qatar 2022.

Sandaran utama pastinya akan diletakkan kepada Salem al-Dawsari yang dianggap cukup berbahaya ketika menyerang.

Pemenang Liga Juara-Juara AFC dua kali ini adalah ancaman utama Arab Saudi kepada dunia apabila gerakan dari sayap kiri beliau boleh menimbulkan pelbagai masalah.

Mempunyai 70 penampilan bersama negaranya, Salem sudah menyumbangkan 17 gol. Bersama kelabnya iaitu Al-Hilal, Salem sudah mencatatkan 306 penampilan dengan menghasikkan 71 gol serta 62 bantuan gol.

Sudah pasti, dengan pengalaman yang ada sandaran akan diletakkan kepada Salem yang kini berusia 31 tahun.

Tugas Arab Saudi pastinya sukar untuk berdepan tiga negara dalam kumpulan C, namun begitu dalam bola sepak apa sahaja boleh berlaku.

Mereka hadir dengan label pasukan terbaik Asia, kini sudah tiba masanya untuk Arab Saudi buktikan kejaguhan mereka.

Semoga berjaya, Arab Saudi.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN