Qatar 2022: Tampil Konsisten Dengan Set Pemain Berbeza Bukti Jaminan ‘Kolam’ Skuad Perancis

Perancis Piala Dunia Qatar 2022

Perancis nampaknya bukan sahaja mampu menamatkan ‘sumpahan’ juara bertahan Piala Dunia, tetapi telah pun mara ke peringkat separuh akhir dengan langkah bergaya apabila menewaskan England.

Namun sisi menarik yang ditampilkan oleh Les Blues dalam aksi yang berlangsung di Al Bayt Stadium itu adalah kemunculan pemain-pemain ‘generasi baharu’.

Daripada senarai 26 pemain yang dibawa oleh Didier Deschamps ke Qatar, hanya 10 orang pemain sahaja daripada skuad juara Piala Dunia 2018 yang dikekalkan iaitu Hugo Lloris, Aplhonse Areola, Steve Mandanda, Benjamin Pavard, Raphael Varane, Lucas Hernandez, Ousmane Dembele, Olivier Giroud, Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe.

13 pemain yang tidak terpilih adalah Presnel Kimpembe, Samuel Umtiti, Paul Pogba, Thomas Lemar, Corentin Tolisso, N’Golo Kante, Blaise Matuidi, Steven Nzonzi, Adil Rami, Nabil Fekir, Djibril Sidibe, Florian Thauvin dan Benjamin Mendy.

Maka muncul pemain-pemain ‘generasi baharu’  untuk diserap masuk ke dalam skuad bagi edisi kali ini yang terbukti berada pada prestasi terbaik dan minit permainan yang memberangsangkan bersama kelab masing-masing.

15 pemain berkenaan adalah Jules Kounde, Axel Disasi, Theo Hernandez, Benoit Badiashile, Dayot Upamecano, Ibrahima Konate, William Saliba, Eduardo Camavinga, Youssouf Fofana, Matteo Guendouzi, Aurelian Tchouameni, Adrien Rabiot, Jordan Veretout, Kingsley Coman dan Marcus Thuram.

Ia tidak termasuk pemenang Ballon d’Or 2022, Karim Benzema dan Christophe Nkunku yang terpaksa disisihkan pada saat-saat akhir sebelum kejohanan bermula akibat kecederaan.

Malah banyak lagi pemain-pemain berbakat besar yang tidak dapat dibawa seperti Moussa Diaby, Anthony Martial, Allan Saint-Maximin, Jonanthan Ikone, Boubacar Kamara, Tanguy Ndombele, Mike Maignan, Alban Lafont, Ferland Mendy, Jonathan Clauss, Adrien Truffert dan banyak lagi.

Tatkala Piala Dunia 2018 orang ramai bercakap tentang gandingan mantap Pogba dan Kante, ketiadaan kedua-dua pemain ini ditampung sebaiknya oleh Tchouameni dan Rabiot di samping beberapa pemain sandaran lain seperti Fofana dan Camavinga.

Bahagian pertahanan pula Varane terbukti mampu membimbing tiga pemain lain Upamecano, Hernandez dan Kounde untuk kekal ampuh memastikan kekebalan benteng pasukan.

Untuk ujian seterusnya tidak mudah buat Perancis apabila bakal berdepan Maghribi yang sudah pun ‘memusnahkan’ tiga gergasi dunia iaitu Belgium, Sepanyl dan Portugal.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN