Mbappe Ketawa Besar Melihat Bola Rembatan Kane Melambung Ke Bulan

Reaksi Kylian Mbappe sebaik melihat bola rembatan Kane melambung ke langit mencuri perhatian peminat dengan beliau dilihat ketawa terbahak-bahak melihat situasi tersebut.

Harry Kane gagal untuk menyempurnakan sepakan penalti yang dimenangi oleh England pada minit ke-85 permainan dalam aksi peringkat suku akhir bertemu Perancis awal pagi tadi.

Skuad kendalian Gareth Southgate itu mencatatkan kemenangan bertemu Iran, Wales dan Senegal dan mereka sekadar mencatatkan keputusan seri sahaja bertemu Amerika Syarikat untuk layak ke peringkat kalah mati.

Skuad The Three Lions berjaya menewaskan Senegal di pusingan 16 terbaik sebelum mereka turun beraksi bertemu Perancis di peringkat suku akhir awal pagi tadi.

Walau mereka dianggap sebagai calon kegemaran untuk memenangi pertandingan tersebut, skuad England terpaksa akur ditendang keluar dari kejohanan pada tahun ini oleh Perancis.

Aurelien Tchouameni menjaringkan gol pertamanya untuk Perancis dan gol tersebut merupakan gol pendahuluan untuk skuadnya mengatasi England.

Masuk aksi babak kedua, Tchouameni yang awalnya dianggap sebagai wira negaranya hampir sahaja menjadi pemain paling dibenci selepas beliau menghadiahkan sepakan penalti kepada England dengan mengasari Bukayo Saka di dalam kotak penalti.

Harry Kane tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti dan beliau berjaya melakukan hal tersebut untuk mengikat Perancis 1-1.

England kemudiannya tak henti-henti melancarkan serangan dalam usaha mereka untuk memburu gol pendahuluan.

Walau bagaimanapun, Perancis yang terlebih dahulu meledak gol pendahuluan mereka menerusi Olivier Giroud pada minit ke-77 permainan untuk mengatasi England 2-1.

Ia jelas sekali satu tamparan yang hebat untuk skuad England kerana mereka yang benar-benar mendominasi pada aksi babak kedua namun pasukan lawan yang peroleh gol pendahuluan.

Tujuh minit selepas Giroud meledak gol, England telah dihadiahkan sepakan penalti selepas Theo Hernandez mengasari pemain midfield Chelsea, Mason Mount.

Harry Kane sekali lagi tampil untuk menyempurnakan sepakan penalti tersebut, namun kali ini usahanya berakhir dengan kegagalan.

Bola rembatan Kane melambung tinggi melepasi gawang gol Perancis dan sebaik bola keluar, kamera merakam reaksi Mbappe yang ketawa besar melihat kegagalan pemain penyerang itu.

Mbappe ketawa besar melihat kegagalan Kane, namun beliau jugalah pemain pertama yang pergi menenangkan bintang England itu selepas pengadil membunyikan wisel penamat.

Para peminat tertarik melihat reaksi Mbappe dan ia menjadi antara topik perbualan hangat mereka di media sosial selepas tamat perlawanan tersebut.

“Mbappe langsung tak bagi muka, dia terus ketawa besar sebaik bola itu keluar.”

“Dia bahkan tak ketawa macam ini ketika dia membantu Perancis menang Piala Dunia dulu.”

“Saya awalnya kesian dengan Kane, tapi tengok reaksi Mbappe, terus saya ketawa tak berhenti selama lima minit.:

Perancis selepas ini akan turun beraksi bertemu Maghribi di peringkat separuh akhir di Al Bayt Stadium dan jelas sekali skuad kendalian Didier Deschamps itu bakal melakukan segalanya untuk berdepan wakil Afrika itu.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN