Qatar 2022: Perancis Tamatkan Kisah ‘Ajaib’ Maghribi Untuk Layak Ke Final Bertemu Argentina

Perancis turun beraksi bertemu Maghribi untuk aksi peringkat separuh akhir di Al Bayt Stadium dengan pemenang bakal layak ke perlawanan akhir untuk bertemu Argentina.

Maghribi layak ke peringkat separuh akhir selepas kejayaan mereka menewaskan Portugal 1-0 di peringkat suku akhir pada hujung minggu lalu.

Perancis sementara itu berjaya layak ke peringkat separuh akhir selepas kejayaan mereka menewaskan England di peringkat suku akhir.

Skuad kendalian Didier Deschamps itu berjaya menepati ramalan ramai selepas kejayaan mereka menewaskan Maghribi di peringkat separuh akhir untuk layak ke perlawanan akhir.

Gol jaringan Theo Hernandez dan Randal Kolo Muani sudah cukup untuk membawa Perancis layak ke perlawanan akhir bertemu Argentina.

Perancis 2-0 Maghribi

Perlawanan bermula seimbang dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan namun tiada percubaan benar-benar merbahaya yang berjaya dilakukan.

Perancis berjaya membuka tirai jaringan mereka seawal minit ke-5 permainan menerusi Theo Hernandez yang cemerlang memanfaatkan peluang terhidang di dalam kotak penalti Maghribi.

Griezmann membawa bola masuk ke kotak penalti sebelum beliau kemudiannya melorongkan bola tersebut kepada Giroud.

Dek kerana dirinya sudah dikawal, Giroud sekadar melepaskan percubaan lemah ke gawang gol Maghribi dan bola percubaan beliau terbias lalu tiba betul-betul dihadapan Hernandez.

Hernandez kemudiannya melayangkan badan lalu melepaskan rembatan padu untuk merobek gawang gol Maghribi.

20 minit perlawanan berlangsung, kedua-dua pasukan dilihat saling berbalas serangan dan turut berpotensi untuk memperoleh gol.

Maghribi terpaksa melakukan pertukaran awal selepas ketua pasukan mereka, Romain Saiss terpaksa dikeluarkan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

40 minit perlawanan berlangsung kedua-dua pasukan masih lagi saling berbalas serangan dan harus diakui aksi yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan sangat menghiburkan.

Aksi babak pertama berakhir dengan Perancis masih kekal mendahului permainan dan jelas sekali Maghribi masih berkesempatan untuk lakukan sesuatu pada aksi babak kedua nanti.

10 minit pertama aksi babak kedua jelas sekali Maghribi mendominasi permainan dan kerap melancarkan serangan merbahaya ke kubu Perancis.

Walau bagaimanapun, masih usaha Maghribi untuk memperoleh gol penyamaan masih lagi menemui jalan buntu.

Pada minit ke-79 permainan, Perancis berjaya menggandakan kedudukan menerusi pemain yang baru sahaja dimasukkan, Randal Kolo Muani.

https://twitter.com/ESPNFC/status/1603127216711294976?s=20&t=BMzddUiZpQJ-vUdikpJYxw

Gol kedua Perancis dihasilkan dari build up yang sungguh menakjubkan dan Kylian Mbappe cemerlang melepaskan diri dari kawalan tiga pemain pertahanan sebelum melorongkan bola cantik ke arah Kolo Muani.

Tidak boleh dinafikan lagi yang gerakkan dari Kylian Mbappe itu sememangnya sungguh menakjubkan dan Kolo Muani mudah menolak masuk bola hantaran bintang PSG itu untuk gol kedua Perancis dalam perlawanan ini.

Tamat perlawanan, Perancis berjaya mencatatkan kemenangan 2-0 menewaskan Maghribi seterusnya melayakkan mereka untuk beraksi di pentas perlawanan akhir.

Skuad kendalian Didier Deschamps itu bakal turun beraksi bertemu Argentina dalam aksi perlawanan akhir nanti dan jelas sekali ia bakal menjadi aksi final yang sangat menarik untuk disaksikan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN