Lionel Messi Pecah Rekod Selaku Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Argentina Untuk Piala Dunia

Nama Lionel Messi boleh dikatakan sangat menonjol untuk saingan Piala Dunia 2022 di Qatar ini sejak awal kejohanan tersebut berlangsung lagi.

Ianya ekoran aksi yang beliau pamerkan untuk Argentina jelas berada dalam kelas tersendiri dan sukar untuk dihalang pihak lawan, walaupun semakin berusia.

Terbaharu, Messi berjaya membawa Argentina untuk mara ke pusingan akhir Piala Dunia 2022 dengan begitu bergaya sekali, selepas mereka berjaya menewaskan pasukan lawan iaitu Croatia.

Menerusi keputusan 3-0, Messi terlebih dahulu membuka jaringan sulung perlawanan buat Argentina pada minit ke-34 menerusi sepakan penalti untuk mengatasi penjaga gol Croatia, Dominik Livakovic.

Jaringan tersebut menyaksikan Messi berjaya mengatasi rekod Gabriel Batistuta untuk muncul sebagai penjaring terbanyak Argentina sepanjang zaman untuk saingan Piala Dunia.

Sebelum ini, Messi telah pun menyatakan saingan Piala Dunia ini akan menjadi penyertaaan beliau buat kali terakhir dan ianya dianggap sangat berbaloi.

Pada perlawanan tersebut, Argentina jelas menguasai perlawanan dengan sangat baik dan menggunakan pemain kunci mereka iaitu Messi untuk menggerakkan serangan.

Croatia jelas menjadi pasukan paling bermasalah pada pusingan ini untuk tampil lebih menyakinkan serta lebih banyak bertahan untuk mengharapkan situasi serangan balas.

Jaringan pembukaan yang diledak Messi menerusi sepakan penalti boleh dianggap sebagai salah satu cara penghasilan gol terbaik pemain tersebut sepanjang kariernya.

Tidak berapa lama kemudian, tampil penyerang muda berpotensi mereka iaitu Julian Alvarez untuk meledak gol kedua perlawanan, dan menambah derita Croatia sehingga aksi separuh masa pertama tamat.

Bersambung di separuh masa kedua, Argentina terus tampil dengan lebih garang untuk mencipta seberapa peluang sebelum mereka mendapatkan gol kemenangan perlawanan.

Jaringan tersebut berjaya dihasilkan sekali lagi oleh Alvarez pada minit ke-69 selepas menerima satu umpanan cantik daripada Messi yang berjaya menewaskan pertahanan lawan dengan membuat satu gerakan istimewa.

Setakat ini Alvarez telah pun menyumbang empat jaringan dalam saingan tersebut daripada enam perlawanan telah melibatkan dirinya.

Walaupun tidak melalui detik yang manis pada perlawanan pembukaan lalu dengan Argentina mencatat kekalahan kepada Arab Saudi, kini mereka berjaya melangkah ke final dengan begitu bergaya sekali.

Kejayaan pasukan tersebut terletak pada gaya permainan yang sangat berdisiplin, serta kehadiran Messi itu sendiri dianggap nadi penting buat Argentina.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN