Adakah Jordan Mintah Akan Dikekalkan Bersama Terengganu?

Selepas ada rombakan yang dibuat oleh Terengganu untuk saingan musim hadapan, beberapa pemain import mereka sah tidak akan disambung kontrak lagi.

Namun, ada juga yang masih lagi mencetuskan tanda tanya buat para penyokong kerana masih belum diketahui status mereka musim hadapan.

Salah seorang import Terengganu yang masih lagi belum diketahui status beliau untuk musim hadapan ialah penyerang sensasi mereka iaitu Jordan Mintah.

Mintah yang mula menyertai Terengganu untuk beraksi bersama pasukan โ€˜feederโ€™ sejak beberapa musim lalu dilihat tampil dengan kurang menyakinkan tahun ini bersama Kuala Lumpur City selaku status pemain pinjaman.

Menurut pengendali terbaharu Terengganu iaitu Tomislav Steinbruckner, beliau sehingga kini masih belum dapat membuat keputusan mengenai perancangannya untuk menggunakan khidmat Mintah musim depan.

Jelas beliau, sehingga kini beliau masih lagi membuat pertimbangan jika mahu mengekalkan Mintah dalam skuad atau meminjamkan beliau kepada pasukan lain yang beraksi dalam saingan Liga Malaysia (Liga-M).

Setakat ini Tomislav masih lagi sedang meneliti kesesuaian Mintah bersama seorang lagi penyerang import baharu yang akan tiba tidak lama lagi untuk disesuaikan bersama taktikal beliau.

“Saya sedang berusaha untuk membawa masuk penyerang baharu dari Croatia bagi menggantikan Kpah Sherman dan Kipre Tchetche.

“Jadi, sama ada dia (Mintah) kekal atau akan diberi pinjaman kepada pasukan lain musim depan belum dimuktamadkan lagi.

“Ini kerana saya mahu melihat kesesuaian dan pemain yang bakal menggalas tugas di posisi berkenaan itu perlu berkualiti lebih-lebih lagi TFC bakal beraksi di Piala AFC (Konfederasi Bolasepak Asia) musim depan,” katanya menerusi Harian Metro.

Penyerang kelahiran Ghana ini menghabiskan sebahagian musim ini selaku status penyerang pinjaman kepada KL City musim ini dengan terbabit dalam segala saingan termasuk Piala AFC.

Ianya mungkin dianggap sebagai suatu langkah tepat buat Mintah menyertai KL City selepas pasukan tersebut berjaya mencipta sejarah tersendiri untuk melayakkan diri ke pentas final Piala AFC musim 2022.

Sehingga kini, kontrak Mintah bersama Terengganu masih lagi aktif sehingga penghujung bulan November 2023 dan sudah ada beberapa kelab lain berminat mendapatkan beliau selaku status pinjaman.

Antara pasukan yang sedang memantau beliau kini ialah Sri Pahang selepas kelab tersebut semakin pasti untuk menandatangani khidmat Kpah Sherman musim hadapan.

Sumber:
Harian Metro

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN