‘Kun Faya Kun’ – Syihan Jawab Komen Dari Andik Vermansah

Penjaga gol Malaysia, Ahmad Syihan Hazmi yakin yang skuad kebangsaan tetap berpotensi untuk menjuarai saingan AFF pada tahun ini walau ada yang menganggap Harimau Malaya sedang ‘bermasalah’.

Skuad kebangsaan Malaysia cemerlang menewaskan Maldives 3-0 dalam satu perlawanan persahabatan Tier 1 di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur malam semalam.

Anak-anak  buah Kim Pan-gon itu terus menerus mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan walau mereka tidak menurunkan skuad terbaik yang dimiliki.

Semua tahu yang ramai pemain dari skuad utama Harimau Malaya tidak turut serta dalam aksi perlawanan persahabatan bertemu Kemboja dan Maldives pada ketika ini.

Mereka juga turut tidak akan menyertai skuad kebangsaan Malaysia untuk aksi dalam saingan AFF pada hujung bulan nanti.

Beberapa muka baru telah dipanggil untuk beraksi bersama skuad kebangsaan dan sepertinya kesemua mereka berjaya memberikan yang terbaik untuk skuad negara.

Dek kerana melihat ramai pemain utama tidak bersama dengan skuad kebangsaan Malaysia pada ketika ini, legenda Indonesia, Andik Vermansyah tampil menyatakan yang beliau percaya hal tersebut bakal memberi ruang kepada negaranya untuk menjuarai saingan AFF pada tahun ini.

Andik merasakan yang skuad Harimau Malaya sedang bermasalah pada ketika ini dan hal itu sedikit sebanyak memberi laluan mudah untuk Indonesia bergelar Juara.

“Perasaan saya, selepas negara-negara lain yang dilihat kurang bersedia, ianya seperti memberi ruang untuk Indonesia muncul juara. Maksud saya peluang itu dilihat lebih besar.”

Jelas Andik kepada Bola.com

“Bukan kita nak memandang rendah kepada mereka. Misalnya Malaysia ada banyak pemain yang tidak menyertai kem kebangsaan, serta Thailand yang tidak memanggil beberapa tonggak mereka,” 

Walau Andik merasa yakin yang skuad Harimau Malaya sedang bermasalah pada ketika ini, namun sepertinya anak-anak buah Kim Pan-gon itu telah membuktikan yang sebaliknya.

Malaysia masih mampu beraksi dengan sangat cemerlang walau mereka menggunakan ramai muka baru dalam skuad pada ketika ini.

Tujuh gol dan tiada bolos dari dua perlawanan terakhir ini sudah cukup untuk membuktikan yang skuad Harimau Malaya sudah sangat bersedia untuk menghadapi saingan AFF.

Ketika diminta untuk mengulas komen dari Andik, Syihan Hazmi hanya menjawab:

“Syihan pun tak nak cakap apa-apa, cuma satu je Syihan nak kata, Kun Faya Kun, kalau benda tu Allah cakap menang sebelah ni maksudnya memang sebelah ni akan menang.”

“Rezki ni kita tak tahu, cuma kita kena berusaha, apa orang nak cakap, apa orang nak anggap, kekurangan kita ke apa ke, kalau kita berusaha untuk capai satu benda tu, kita mesti dapat.”

Ruventhiran turut ditanya soalan yang sama dan beliau hanya menjawab:

“Kita tunggu je AFF nanti.”

Walau skuad Harimau Malaya pada ketika ini boleh dikatakan sedang berada di tahap persembahan terbaik mereka, namun para pemain tetap tidak mahu terlalu yakin untuk menghadapi saingan AFF nanti.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN